Saturday, February 6, 2016

Jom kenali UPSR 2016.

-Antara yang perlu diketahui oleh calon-calon Upsr 2016 ialah,

-Mengapakah mata pelajaran Bahasa Inggeris perlu dilaporkan dalam dua (2) gred dalam UPSR mulai 2016?

 Untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penguasaan murid dalam aspek pemahaman dan penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah agar langkah-langkah sewajarnya dapat diambil apabila murid meneruskan pendidikan di peringkat menengah. Penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris dapat merealisasikan aspirasi murid untuk menguasai kemahiran dwibahasa.



-Adakah pelaporan Tahun 6 digunakan untuk pengambilan murid-murid ke sekolah berasrama penuh, sekolah agama dan lain-lain agensi ? 

Ya, pihak sekolah berasrama penuh atau lain-lain agensi mengambil kira kesemua pelaporan Tahun 6 yang terdiri daripada keputusan UPSR dan tiga komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).


*Calon-calon Upsr 2016,boleh merujuk pihak sekolah uttuk lebih mengenali UPSR 2016.

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...