Thursday, December 18, 2014

SEMPENA ANUGERAH TOKOH SRIKANDI NEGARA GPMS KEBANGSAAN 2014-




tiada kata mampu kutintakan,kupinjamkan khazanah pantun Melayu Lama,
Pantun Melayu Riau,
kutuju khas buat  TOKOH  SRIKANDI  NEGARA,

kalau berladang kurang  tekun,
lesaplah padi ditelan belukar;
kalaulah hilang tukang pantun,
senyap sunyi bandar yang besar.


Srikandi Negara:

apa tanda  budaya Melayu,
kepada Islam ia mengacu.
apa tanda Melayu  berbahasa,
kepada Islam ia berpunca.
tegak Melayu kerana budayanya;
tegak budaya kerana agamanya.
di mana tempat Melayu tegak,
pada sunah berserta syarak.
di mana tempat Melayu diam;
pada adat berintikan Islam.

Srikandi Negara:

apa tanda Melayu jati;'
dalam pantun ilmu digali.
apa tanda Melayu jati,
dalam pantun menanam budi.

Srikandi Negara,

pada nusa baktimu berjasa,
jasa dikenang menjadi teladan;
ajarlah kami makna perkasa,
agar sejahtera sepanjang zaman.

pada-Nya kupohonkan doa,
Srikandi terus gagah perkasa,
mengisi bakti pada anak nusa,
mohon Srikandi  dalam lindungan-Nya,
diberi rahmat  kuat adanya,
menjadi suri teladan sepanjang masa.


Srikandi Negara:
kalau pantun tersalah curai,
alamat kusut takkan selesai.

Srikandi Negara:
"ayam dikepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan"
"maju -mundur,kaya-miskin,hina mulianya bangsa itu di tangan kami"
"cekal bersatu lambang kita'



*rujukan:Khazanah Pantun Melayu Riau,Tennas Effendy,DBP,2007,
Utusan Malaysia,18.12.2014,
Mukadimah Gpms.

No comments:

Post a Comment

Salam Aidilfitri 1445H

    Bunga delima bunga angsana,     Bunga kenanga bunga raya,     Aidilfitri kini menjelma,     Maaf zahir batin dipinta jua.     Selamat p...