Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Sunday, July 27, 2014
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 YDP GPMS SITIAWAN
Barisan Ajk Gpms Sitiawan,Mantan-mantan YDP Gpms Sitiawan,Ahli-ahli Gpms Sitiawan,Guru-guru pembimbing Gpms Sitiawan,Penggerak Gpms Sitiawan.BBB Gpms Sitiawan,para ibu bapa dan saudara saudari yang dikasihi.
Salam sejahtera,
Setelah sebulan berpuasa,dapatlah kita mengambil dan menghayati akan nilai-nilai yang terkandung dalam bulan yang mulia ,yakni berpuasa dalam bulan Ramadan.Ia membawa banyak pengajaran seperti,memahami makna -siapa itu pemimpin,apa itu amanah,apa itu tanggungjawab,apa itu kebolehpercayaan,apa itu semangat kesukarelaan.
Setelah sebulan berpuasa,menjelmalah bulan Syawal yang berkat.Pada kesempatan ini saya memohon kemaafan atas setiap kesalahan,kesilapan dan kelemahan.Jasa dan budi saudara saudari saya hargai dan sanjung tinggi.
Akhir kata,saya mendoakan Malaysia aman sejahtera ,bumi Palestin dalam rahmat-Nya,kesejahteraan kepada muslimin muslimat.
Bersatu teguh bercerai roboh,bulat segiling pecah setapik,ayam di kepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan,jauhi pemfitnah,sokonglah kebenaran,hapuskan kepalsuan.
Belajar Terus Belajar.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.
Tajul Azmir bin Mustapa,
YDP GPMS SITIAWAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.
Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...
-
-antara paparan foto Abg Man dan Gpms.. -Selamat Bersara Cikgu Azman Bin Abdul Wahid(Abg Man)-F...
-
Ibu bapa pasti berasakan bahawa anak-anak mereka mengetahui akan apa itu maklumat tersurat dan tersirat.Kebiasaannya murid-murid yang bela...
-
Apabila murid lepasan Tahun 6 tidak menguasai kemahiran membaca,mengira dan menulis,sudah pasti timbul pelbagai persoalan.Namun bagaimana ...
No comments:
Post a Comment