Monday, January 6, 2014

-"Parasite strategy"-


 



‘Parasit ‘  merupakan agen yang baik dalam melumpuhkan sesuatu organisasi.Walaupun dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak baik,namun dalam *dunia mahu menang* untuk menang dalam mencipta sesuatu matlamat maka sudah  pasti ‘parasit’ itu amat berguna.
Apakah anda pasti organisasi anda  ‘ tiada parasit’?Adakah anda mampu menyedari akan kewujudan ‘parasit’ atau agen ‘parasit’ dalam organisasi anda?Jawapannya hanya anda sendiri yang mengetahuinya,jika anda gagal menyedari akan kehadiran ‘parasit’ maka organisasi anda akan lesu,longlai dan akhirnya lumpuh.
Mungkin ramai yang  tidak suka akan ‘parasit’,namun dalam mencipta matlamat, kegunaan ‘parasit’ amat bermakna kepada agen yang mahu organisasi anda lumpuh dan lenyap.Persoalannya setakat mana organisasi anda mahu dilumpuhkan,kenapa dan mengapa?Apakah kewajaran organisasi anda akan menjadi tumpuan ‘parasit’,pasti anda mampu  berfikir dan mencari jawapan kepada soalan  tersebut.

Akhirnya anda usah bimbang dan risau,jika organisasi anda mempunyai ‘parasitisid’,organisasi anda akan selamat dan ‘parasit dan agen parasit’ dapat  dihapuskan.Maknanya  organisasi anda perlu ada  - parasitologi-ATAU ANDA RASA SELAMAT,DALAM SEJARAH ORGANISASI ANDA,’PARASIT’ TIDAK MEMILIH ORGANISASI ANDA SEBAGAI PERUMAHNYA.SELAMAT BERORGANISASI.


No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...