Sunday, December 22, 2013

Allahyarham Aminuddin Baki :Sajak.

26 Januari 1926,
Ketika itu tiada detikan komputer,kamera digital
Namun  di Chemor  Perak,lahirlah kau
Ketika itu tiada  telefon bimbit
Kau meneruskan kehidupan dalam  gelombang ilmu
Gelora,keringat,di minda fikirmu.
Tahun 1932,
Ketika itu tiada makmal komputer di sekolah
Tiada internet,tiada  Chrome book
Kau belajar tulis baca kira
Menghitung nasibmu,bangsamu.
Tahun 1948,
Kau kian remaja belia,
Ketika itu tiada sempat  berombongan ke luar negara,
Kau  hidup dalam gerak GPMS,
Katamu,belajarlah,dari  sekolah usang ke menara gading,ilmu itu harta.

24 Disember 1965,
Hari jadi sepi,kau pergi meninggalkan  kami
Kau pergi tanpa catatan di facebook,di viber,di weChat.whatsApp 
Namun jasamu tetap berbunga hingga kini
AL-FATIHAH.



No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...