Wednesday, August 7, 2013

PERUTUSAN KHAS SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2013 (1434H)

Assalamu alaikum dan Selamat Menyambut 1 Syawal 1434H.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa syukur dan setinggi-tinggi rasa
tawadduk kepada Allah SWT kerana pada tahun ini sekali lagi umat Islam  menyambut
Hari Raya Aidil Fitri .Sambutan hari yang mulia  ini sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan kita setelah berpuasa sepanjang  bulan Ramadan.

Saudara dan saudari,

  Oleh itu,marilah kita bertekad meneruskan azam dan  cita-cita hala tuju Gpms Sitiawan khasnya dan Gpms umumnya.Usaha kita adalah jihad,kita bergerak kerana-Nya,bukan kerana apa-apa.Kita jadikan Ramadan yang berlalu sebagai guru yang berwibawa membawa kita ke ruang cahaya yang memandu kita dalam meneruskan perjuagan Gpms Sitiawan.

Lantaran itu,marilah kita bersama-sama mempertahankan prinsip-prinsip teras Gpms,menginsafi akan ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan,bersatu teguh bercerai roboh,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing,belajar terus belajar,kaya miskin,hina mulia bangsa itu di tangan ahli Gpms.

Bersempena hari yang mulia ini , saya mewakili pihak   Gpms Sitiawan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada ahli Gpms Sitiawan, tenaga Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan,mantan-mantan kepimpinan Gpms Sitiawan,barisan fasilitator kelas bimbingan Gpms Sitiawan dan kepada semua yang sudi membantu dan bergerak  dalam menghela nafas Gpms Sitiawan.Maaf Zahir dan Batin. .
Berhati-hatilah dalam hidup seharian, salinglah bermaafan di hari yang mulia ini dan sambutlah Syawal dengan gembira,berjanji pada diri dalam memelihara maruah Agama Islam dan pegangan  Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah.

Sekian,terima kasih.

YDP GPMS SITIAWAN.





No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...