Wednesday, June 5, 2013

Gpms Sitiawan dan "Kepimpinan Pengajaran"

Menurut  John Franklin Bobbitt menyatakan bahawa kurikulum ini mencakupi pengalaman murid-murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.Oleh itu sebagai badan belia yang berteraskan pendidikan,sudah sewajibnya Gpms Sitiawan boleh menjadi sahabar pintar Kepada "Kepimpinan  Pengajaran" di sekolah.
Barisan kepimpinan Gpms Sitiawan harus mampu menjual idea "Kepimpinan Pengajaran" agar teras perjuangan Gpms itu selari dengan matlamat pendidikan negara.

 Sebelum ini,memang Gpms Sitiawan melaksanakan program yang berbentuk pendidikan sama ada kelas bimbingan,teknik menjawab soalan,kem motivasi dan lawatan.Namun sudah tiba masanya Gpms Sitiawan bergerak dengan  merenung akan 'Kepimpinan Pengajaran".Apatah lagi,semua sekolah di Malaysia mengamalkan konsep "Kepimpinan Pengajaran".Memetik kata Ronald C.Doll-isi kandungan serta proses formal dan informal yang membolehkan murid mendapatkan pengetahuan,pemahaman,kemahiran,penghayatan,nilai dan perubahan sikap dari sesebuah sekolah.

Oleh itu,walaupun Gpms Sitiawan itu bukan dan tiada kaitan dengan institusi pendidikan,namun menjadi usaha yang murni jika Gpms Sitiawan dapat menjadi rakan pintar kepada "Kepimpinan Pengajaran".Hal ini lebih wajar lagi kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan Gpms Sitiawan.Jika kita berlengah maka,ingatlah ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan.

                                  (YDP GPMS SITIAWAN,MEMBAWA GPMS SITIAWAN SEBAGAI RAKAN                                            
                                    PINTAR KEPADA "KEPIMPINAN PENGAJARAN"







No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...