Sunday, July 22, 2012

UPSR 2012.


SALAM RAMADAN,SELAMAT BERPUASA.
MURID-MURID TAHUN 6,TENTU AKAN BERPUASA,KERANA BERPUASA AMALAN YANG MULIA DAN AKAN MEMBERIKAN KEKUATAN DALAM MEMBANTU MENGHADAPI UPSR 2012.

UPSR 2012 AKAN DIADAKAN PADA BULAN SEPTEMBER 2012,YAKNI SETELAH BERHARI RAYA PUASA DAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA.

OLEH ITU MURID-MURID TAHUN 6,HENDAKLAH BIJAK MENGURUS MASA,PASTIKAN MEMBUAT LATIH TUBI DAN MENGULANG KAJI PELAJARAN.SELARAS ITU JUGA,PASTIKAN MURID-MURID TAHUN 6,MENGIKUTI KELAS TAMBAHAN ATAU BIMBINGAN YANG DIADAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH MASING-MASING.

LANTARAN ITU,PADA BULAN RAMADAN YANG MULIA INI,BERDOALAH,LAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT DAN SOLAT TARAWIH APATAH LAGI SOLAT LIMA WAKTU.

KEPADA PARA IBU BAPA,BANTULAH ANAK ANDA UNTUK BERSIAP SEDIA MENGHADAPI UPSR 2012.BERIKAN PENGHARGAAN DAN BIMBINGAN KEPADA MEREKA.

SELAMAT BERPUASA,SELAMAT BERIBADAH PADA BULAN RAMADAN,DAN SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2012.

No comments:

Post a Comment