Monday, May 21, 2012

IMBAUAN BBB GPMS SITIAWAN

Pada 20 September 1994,setelah mendapat restu daripada Tuan Hj.Zainal Abidin B,Mohd Noor dan Tuan Hj.Dalail Bin Rakim,maka BBB GPMS PERAK pun ditubuhkan.Hal ini mengambil tempat gelaran 'gurkha' yang digunakan kepada para sukarelawan Gpms.Dalam mengisi kecemerlangan gerakan Biro Badan Bertindak Gpms Perak terserlah kepimpinan organisasinya.

Penasihat:Tuan Hj.Zainal B.Mohd Noor./Tuan Hj.Dalail b.Rakim,/Puan Latifah Bt.Shaari.
Pengerusi:Tajul Azmeer Hj.Mustafa.
Naib Pengerusi (L):Mohd Yusani b.Yusuff.
Naib Pengerusi.(W)Cik Asmah bt Abd.Aziz.
Setiausaha Kerja/akhbar:Mohd Asri b.Shafie.
Bendahari Tetap:Junainah bt.Sirun.
Biro Penerbitan dan Penerangan:Muhammad Nor Suhaili bin Jamali.
Kerohanian/dakwah:Mohd Jasma bin Johari./Zulhaidi bin Mohamed.
Biro Akademik:Cik Azizah bt Zainal Abidin.
Rekreasi dan fizikal:Khairuniza bin Zakaria./Ruhaizan bin Khairi.
Kebajikan dan kebudayaan:Aisyah bt Shaari.
Intergrasi sosial dan siasah:Mokhtar bin Mohd Yusuff.
Teknologi Maklumat:Muhathir bin Mokhtar.
Latihan dan kepimpinan:Fauzi bin Soot.
Penyelidikan dan Kemasyarakatan;Zariman b.Jaafar.
Tatatertib dan disiplin:Tajuk Azmeer bin Mustaffa.
Bencana Alam:Halim b.Mat Wazir./Fairus bin Ismail.
Pengangkutan:Daniel bin Shaari.

Nama-nama di atas,merupakan tenaga dan nadi penggerak Gpms Perak,Institut Gpms Perak telah menjadi saksi dan sinonim dengan mereka.Seusia Tuan Hj.Zainal Abidin bin Noor,matan Pengerusi Gpms Perak telah melihat dan akur akan kebolehan mereka.

Namun,zaman berubah,sistem organisasi BBB ,tidak digunakan lagi di Gpms Perak ,namun Gpms Sitiawan masih menggunakan sistem BBB ini sebagai modus operandi dalam gerakan sukarelawan,menabur bakti demi pendidikan anak-anak Melayu khasnya,dan bangsa Malaysia umumnya.Kecemerlangan BBB Gpms Perak dan Sitiawan memang terbukti,terbukti dengan masih hidup lagi Gpms Perak itu sendiri.Sepanjang perkhidmatan ahli BBB di Institut Gpms Perak,terbinanya pelbagai kedukaan,kegembiraan,pengalaman dan ilmu.

Walau di mana mereka berada,tenaga dan buah fikiran mereka tetap dikenang dalam tinta perjuangan Gpms Perak dan Gpms Sitiawan.Pada era perkhidmatan BBB Gpms Perak,banyak aktiviti dalam dilaksanakan.

Gpms akan terus hidup,hidup apabila manusianya mampu mengemudi organisasi Gpms itu dengan baik dan bijak .Gpms bukan hanya sebagai satu wadah pertubuhan belia,tapi adalah amanah Agama,bangsa dan negara.

Sempena hari belia 2012,blogger,mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua BBB yang pernah berbakti tenaga,minda dan wang ringgit pada era BBB di Gpms Perak dan Gpms Sitiawan.Kepada rakan-rakan BBB di Ipoh terima kasih tidak terhingga jua,ada masa kita akan berjumpa,sama ada di alam maya atau dalam program tertentu.Kepada Abg Man dan Kak Teh sepasukan terima kasih kerana sudi menyediakan makanan untuk kami(BBB).

-Belajar Terus Belajar-
*diambil dari catatan yang bertajuk:Bayangan Sunyi yang Menyinar,tulisan unit dokumentasi Biro Badan Bertindak.

No comments:

Post a Comment

Murid Sekolah.

 Kini semua murid telah mengikuti sesi awal persekolahan.Berikut ialah  sikap yang telah anda lakukan pada awal sesi persekolahan.Perhatikan...