Thursday, December 8, 2011

CORETAN SEMPENA PAT GPMS 2011

Pada 9 .12.2011 hingga 11.12.2011,PAT GPMS 2011 akan diadakan di UIA GOMBAK.
Justeru itu ,pada kesempatan ini diharapkan Gpms akan terus mengatur langkah dalam mencapai hasrat dan cita-cita seperti yang terangkum dalam mukadimah SEDAR.

Pun begitu di samping berhadapan dengan tahun-tahun yang lebih mencabar,baik juga adanya,Gpms menjenguk seketika akan ungkapan ini-DENGAN HATI YANG SUCI MURNI,KAMI PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG TANAH MELAYU BERSATU BERDASARKAN KEISLAMAN DAN KEBANGSAAN,BERJUANG DENGAN BERANI KERANA BENAR,UNTUK MENINGGIKAN DARJAT PENGETAHUAN BANGSA SEBAGAI SYARAT MENCAPAI KEMULIAAN BANGSA MELAYU-

Sayugia,adakah pelajar Melayu tidak bersatu,atau pelajar Melayu itu benar-benar bersatu,senario ini terpulanglah kepada pendapat pembaca dan ahli Gpms itu sendiri.
Jika Gpms berpendapat pelajar Melayu belum kukuh kesatuannya,maka wajarlah dilakukan sesuatu agar kesatuan itu lebih jitu dan kukuh.

Rumusannya marilah sama-sama menghayati maksud firman Allah berikut-

-sesungguhnya(agama tauhid) ini adalah agama kamu,agama yang satu.(surah al-Anbiya:92)

-dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas.(surah Ali Imran:105)

-dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah(agama) janganlah kamu bercerai berai-(surah
Ali Imran:103)

Selamat bersidang.


No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...