Friday, March 11, 2011

Sebuah cerminan.(kader Gpms)kepada peserta perkaderan.

Sejak tahun 1948 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(Gpms)terus melayari pentas kehidupan berpersatuan dan seterusnya hingga ke hari ini Gpms itu masih lagi meneruskan kehidupannya.Gpms boleh bertahan hingga kini,mungkin kerana -kadernya-tanpa -kadernya-nasib Gpms sukar untuk diduga.

Lantaran itu sebagai seorang -kader Gpms-"pemimpin pelapis"semestinya telah menghayati dan memahami visi dan misi perjuangan Gpms.Penghayatan yang tinggi ini akan dapat membawa -kader Gpms-untuk gigih berusaha dalam memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu di segenap lapisan.

Sehubungan itu,-kader Gpms-perlu memahami akan butiran berikut.

-Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya.(yang berhak menerimanya)-maksud Surah An-Nisaa':58-

-Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati(amanah)Allah dan Rasulnya,dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui(salahnya)-Surah Al-Anfaal:27-

Rumusannya,-kader Gpms-ialah pemimpin pelapis Gpms yang sanggup dan bersedia memegang amanah Gpms.Hal ini membawa maksud mereka sanggup dan telah bersedia untuk membawa obor perjuangan Gpms dalam mencipta visi dan misi Gpms.Akhirnya pilihan itu di tangan anda,anda telah bersedia untuk menjadi -kader Gpms-maka wajarlah bersedia juga memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

-ingatlah pemimpin Gpms-amanahnya sungguh besar,
Allah akan menghitung amanah itu,
ingatlah ahli Gpms juga memikul amanah,
Allah akan menghitung amanah itu,

Selamat berkursus:-timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
setelah menempuh halangan,
bahagia hendaknya memimpin pelajar,
bagi ibu kandungan

kekal berpanjangan khidmat mulia
dengan tulus dan setia,
cekal bersatu lambang kita,
menuntut hingga berjaya.
(lagu Gpms-nukilan Allahyarham Yub Rawan)

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...