Monday, January 10, 2011

Retro(tak kenal maka tak cinta siri 1)


-tak kenal maka tak cinta-sebahagian pejuang gpms-,berjuang demi agama Islam,bangsa dan negara dan mengutamakan pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.-

-Barisan kepimpinan muda dah ahli-ahli gpms perlu tahu akan hakikat sejarah,sejarah tidak buta,sejarah tidak menipu,sejarah adalah catatan sebuah dokumen.
-Mereka telah membawa gpms hingga ke era kini.
-Pada ketika ini ahli-ahli gpms mahu melihat apakah pula sumbangan pemimpin-pemimpin muda ini,para penderma dan pendokong gpms mahu melihat akan kemampuan kepimpinan muda ini,sebab itulah gpms menerima akta belia.
-jika tidak,usahlah bermimpi untuk menerajui kepimpinan gpms.
-pihak kerajaan melalui kementerian belia dan sukan telah memberikan bantuan kewangan kepada pertubuhan belia termasuklah gpms.-wang itu wang rakyat-maka rakyat mahu melihat wang itu digunakan untuk pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.
-oleh itu usahlah mendabik dada,dan syok sendiri,anda perlu tahu bahawa pada ketika ini pertubuhan gpms masih lagi menagih simpati kewangan bantuan kerajaan dan sumbangan badan-badan yang mendokong perjuangan gpms termasuklah orang perseorangan.
-jika mahu mendabik dada,berikan sumbangan ada sekurang-kurangnya RM2 juta,barulah anda boleh mendabik dada,jika tidak cakap siang pandang-pandang-cakap malam dengar-dengar.
-kepada saudara Jais presiden gpms teruskan perjuangan anda,rekod anda masih lagi stabil,ingat kepimpinan muda gpms dinilai oleh ahli-ahli gpms,ahli gpms yang dulu dan yang sekarang,dinilai oleh masyarakat.
-tak kenal maka tak cinta-dah kenal tentu anda cinta.
-selamat bergpms.

No comments:

Post a Comment

Salam Aidilfitri 1445H

    Bunga delima bunga angsana,     Bunga kenanga bunga raya,     Aidilfitri kini menjelma,     Maaf zahir batin dipinta jua.     Selamat p...