Wednesday, December 15, 2010

Rekod Pencapaian GPMS.




Akta Belia telah membawa kepada sistem organisasi belia di negara ini diterajui dan dikemudi oleh belia yang berumur 40 tahun ke bawah.Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(Gpms) telah menerima dan bergerak di bawah akta tersebut.

Justeru itu pada Jumaat ini Gpms akan mengadakan PAT yang akan diadakan di bumi Johor.Oleh itu pada kesempatan ini blogger bbbgpmssitiawan akan memberikan rekod pencapaian prestasi Gpms berdasarkan kaca mata blogger.Penilaian ini bukanlah untuk mencari kesalahan,namun untuk mengatasi kelemahan yang ada,dan seterusnya bergerak dan meningkatkan pencapaian gerak kerja dan hala tuju Gpms.

Sehubungan itu,kepimpinan Gpms dan ahli gpms di semua peringkat tentulah memahami akan strategi dan dasar perjuangan Gpms.Pada fasa permulaan ini strategi dan dasar perjuangan itu diberikan tempohnya dari tahun 2009 hingga 2012.Perlu diingatkan hala tuju perjuangan Gpms berdasarkan tiga faktor berikut:

1)Gpms memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan.

2)Gpms gedung melahirkan pemimpin negara.

3)Gpms di peringkat cawangan adalah tunggak perjuangan ini yang akan diperkasakan.


Kini setahun telah berlalu,oleh itu setakat manakah pencapaian Gpms,apakah penilaian rekod pencapaiannya,siapakah yang layak untuk menilai pencapaiannya.Namun Gpms perlu sedar ia adalah hak masyarakat,sebagai komponen masyarakat memang wajar blogger bbbgpmssitiawan memberikan penilaian kepada pencapaian Gpms.


Skor Pencapaian Gpms tahun 2010.

-Pencapaian A(Amat Baik )
-Pencapaian B(Baik )
-Pencapaian C(Memuaskan)
-Pencapaian D(Kurang memuaskan)
-Pencapaian E(Lemah)


Berikut ialah rekod pencapaian yang diberikan oleh blogger kepada Gpms bagi sesi 2010.

-Pencapaian Gpms Kebangsaan.(Pencapaian B)Tahniah,teruskan usaha anda.

-Pencapaian Gpms Negeri.(Pencapaian B).Tahniah,namun perlu lebih mampu berdikari dan
tidak terlalu bergantung kepada Gpms pusat.

-Pencapaian Gpms di peringkat cawangan.(Pencapaian D)Pencapaian kurang memuaskan,
Cawangan Gpms banyak, namun
tidak aktif dan menyedihkan.
(*sebahagian kecil sahaja aktif)
-Pencapaian Gpms Cawangan khas.
(maaf,blogger kurang makluman mengenainya,oleh itu penilaian tidak dapat diberikan.Namun berharap Gpms cawangan khas bergerak aktif)

Rumusan:

-Yang lemah dibaiki.
-Usah terlalu bergantung kepada Gpms Pusat.
-Gpms Negeri wajar membantu Gpms di peringkat cawangan.

Tahniah kepada Presiden Gpms saudara JAIS B. ABDUL KARIM,diharapkan saudara presiden dan ahli majlis tertinggi meneruskan nadi perjuangan Gpms.Selamat bersidang.

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...