Tuesday, November 23, 2010

Ulasan artikel.-Memperkasa GPMS Cawangan dan Negeri.

Sejak ditubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(Gpms) masih kekal hingga kini.Namun setakat manakah Gpms itu bergerak mengikut situasi massa atau tenggelam dalam kesaratan kehidupan yang penuh persaingan dan masalah.Justeru itu pada tulisan ini,saya akan mengulas intipati sebuah artikel hasil buah tangan Yang Berbahagia Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Noor yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Gpms Negeri Perak.Artikel itu bertajuk Memperkasakan Gpms Cawangan dan Negeri.

Sehubungan itu kejayaan sesebuah cawangan Gpms ialah bergantung kepada ,
kepimpinan=50%,aktiviti=30% dan kewangan 20%.Jelasnya hidup dan matinya atau akfif dan pasifnya gpms itu bergantung kepada gaya kepimpinan organisasinya.Selebihnya bergantung kepada faktor aktiviti gpms itu sendiri.Manakala faktor kewangan hanya merangkumi 20% sahaja.

Lantaran itu jelaslah bahawa gpms cawangan dan negeri yang tidak membuat aktiviti merupakan cawangan yang pasif ,longlai dan lemah.Bahkan mana-mana cawangan gpms atau negeri yang belum mencapai tahap aktiviti yang memuaskan bolehlah dianggap gpms yang perlu diberikan bantuan kecemasan.

Sehubungan itu aktiviti gpms hendaklah menjurus kepada hal berikut;

a)Aktiviti utama:
-kelas bimbingan.(asas 3M(nembaca,menulis dan mengira)upsr,pmr,spm,stpm)
-seminar/bengkel/kem motivasi belajar.
-teknik menjawab soalan upsr,pmr,spm,stpm.
-kaedah mencapai keputusan cemerlang di matrikulasi,ipts dan ipta.

b)aktiviti sokongan:
-program pengkaderan.
-kem kepimpinan.
-kem jati diri.
-kem bimbingan rohani.

c)aktiviti sampingan:
-Kursus Asas Kayak.
-Menawan Puncak Kinabalu.
-Seminar keibubapaan.

Jelasnya aktiviti gpms berteraskan pendidikan massa.Gpms wajib membantu dalam pembinaan pencapaian kecemerlangan pelajar-pelajar Melayu.Oleh itu gpms di peringkat cawangan dan negeri harus mengambil serius akan hal tersebut.

Berikutnya dalam tulisan itu,beliau menyentuh mengenai kepimpinan gpms perlu BERANI-
yakni-
-berani berterus terang-bukannya cakap belakang.
-berani mengambil risiko-bukannya takut-takut.
-berani mencuba dengan perancangan yang teliti-bukannya bimbang melakukan sesuatu yang baru.
-berani mengaku tidak tahu-bukannya buat-buat tahu.
-berani mengaku kesalahan-bukannya mendabik dada dan bodoh sombong.
-berusaha dan tawakal kepada Allah.

Seterusnya tulisan beliau juga menyarankan bahawa organisasi gpms hendaklah menyediakan tenaga manusia yang mantap dan jitu.Gpms cawangan dan negeri hendakalah mempunyai-
-barisan urus setia yang mantap.
-barisan penceramah.
-barisan fasilitator.
-barisan jurulatih.
-penyelia bangunan.
-penyelia kem.kursus.bengkel.seminar.
-unit masak memasak-tukang masak.
-unit rohani-barisan imam.

Oleh itu berdasarkan artikel di atas,bolehlah dinilai sama ada kewujudan gpms cawangan dan negeri itu berkesan atau lemah dan longlai.Bahkan hala tuju gpms itu ditubuhkan juga boleh dilihat berdasarkan terjemahan artikel tersebut.

Akhirnya Gpms Kebangsaan hendaklah memantau akan kebolehan dan keaktifan gpms di peringkat cawangan dan negeri.Manakala gpms negeri yang aktif hendaklah membantu gpms cawangan yang malap dan lesu.Namun jika Gpms Kebangsaan pun lesu,maka menjadi tanggungjawab ahli-ahli gpms untuk mengaktifkannya.Selamat bergpms.Belajar terus belajar.

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...