Tuesday, September 7, 2010

Kasih Kekasih Ramadan 1431H




SATU:

angin Kg.Baru mencecah alunan air laut yang dipenuhi ikan-ikan,
hari itu dan hari -hari kelmarin atuqs tetap setia dengan pancingannya,
sampan kecil itu kekadang ulang-alik dari tepian tapak kem ke tengah sungai,
mihar dan as dah tahu,abg man juga dah tahu,ada ikan.
kak teh pula mengutip kepahan ,remisan,cari dan cari,
ain juga mengutip remisan.

Dua:
merekalah,
anak-anak Kg. Kayan,berkampung di kem ini,
datang menabur bakti dan jasa,
fakar awal subuh bangun,terus ke dapur,menjerang air,sedangkan yang lain masih lena,
dah azan subuh berlagu,bangunlah peserta dan jurulatih bertugas.
merekalah,
anak-anak Kg.Kayan ini datang berkampung di kem ini,
memasak,mengurus para peserta,
tenaga dan bakti dicurahkan,
-anda bertugas di sini mestilah secara sukarela,bukan kerana wang atau duit,gunakan bakat dan kebolehan awak semua ada-kata tuan asyraf -
syahira,wani dan mimi tunduk tanda bersetuju kata-kata tuan kem.

Tiga:

petang itu,tuan saad datang,para peserta dah lama beransur pulang.
anak-anak tuan saad mandi manda,
dan ada urus setia yang berkayak,
zura,esok lusa akan berangkat ke bumi kenyalang,

Empat:

15 Ramadan 1431,
tersentuh jiwa-jiwa,
berlinang air mata,lunturnya hati,tapi pasti dan memang pasti,
cinta dan kasih tertunda,sayang dan rindu dibawa angin ramadan.
natasha,aqillah,azlina,syahira tersentak,
dan munirah kelu dan membatu.kemesraan terasa menghilang,
air mata mengalir usahlah dihitung,
asyraf,wani,fakar tersentak ,
terbayang diminda dan mata,kenangan mengimbau.

Lima:
wan,
kaulah kekasih Ramadan,
pada-Nya kaudatang,dan pada-Nya kaukembali,
malam yang kelam mengisahkan sebuah peristiwa,
untuk kami ingati dan teladani.

Enam:
wan,
kaulah kekasih Ramadan,
amat payah shafiq dan fit mengerti sebuah tragedi,
amat payah untuk kami mengerti kaupergi waktu usia yang muda,
namun kaulah kekasih Ramadan,
pasrahlah jiwa,pasrah jiwa,pasrah jiwa.

Tujuh:

Al-Fatihah.

(Nukilan Bayu FK)

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...