Tuesday, August 31, 2010

Catatan 53 tahun kemerdekaan.




sebuah kemerdekaan,kemerdekaan itu adalah bekas-bekas sebuah penjajahan,tanpa penjajahan,tiadalah kemerdekaan,
ingatlah Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun,parti komunis Malaya menjajah kita-minda,ekonomi,sosial,iman-dijajah ,dijajah ,dijajah mereka.
31 Ogos 1957-Tanah Melayu telah merdeka-merdekalah kita-
kita tidak dijajah dibelenggu,dirantai.

sebuah kemerdekaan-
tiada dengki khianat tapi hati suci murni mesra.
tiada fitnah,pemfitnah tapi penyayang pengasih pendamai .

sebuah kemerdekaan.
lebih baik makan burger daripada membakar jalur gemilang.
lebih baik makan petai jering daripada menghina lagu negaraku,meniup api perkauman.
lebih baik menjadi tok siak daripada mempersenda agama Islam.
lebih baik menjadi penjual ubat daripada menjadi pencacai retorik.

sebuah kemerdekaan,53 tahun kemerdekaan.
1 Malaysia 1 Perlembagaan Persekutuan,
Rukun Islam asas kehidupan,Rukun Iman asas kekuatan,Rukun Negara jadi pedoman warga .
maju dan maju,mesra aman damai bersatu padu.

sebuah kemerdekaan,53 tahun kemerdekaan.
ingat ,dan ingat-ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan.
ingat,dan ingat-anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi,bumi dipijak milik orang.
ingat,dan ingat-maju mundur,kaya miskin,hina mulia bangsa itu ditangan siapa?

sebuah kemerdekaan.
moga rahmat-Nya bertambah-tambah.
negara aman makmur sentiasa.
merdeka-merdeka-merdeka-merdeka-merdeka-merdeka-merdeka.

(nukilan:Bayu FK)

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...