Friday, August 29, 2025

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025:


 Melaka dijajah pada tahun 1511.Pada tarikh 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Seterusnya pada 16 September 1963 Malaysia terbentuk.


                       Justeru itu isilah kemerdekaan itu dengan mencipta kemakmuran dan kegemilangan.Usah alpa dan lalai.Janganlah culas kerana culas membawa kemudaratan.Bersatu teguh bercerai roboh.


                         Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

"Malaysia MADANI:Rakyat Disantuni"


Friday, August 15, 2025

Selamat Ulang Tahun GPMS yang ke-77


 Selamat meneruskan perjuangan kepada para pejuang GPMS di seluruh negara.Suka duka,pahit getir itu ialah perjuangan yang mendewasakan.

   Dunia  pendidikan 1948 amatlah berbeza dengan dunia pendidikan  era 2025.Teruskan perjuangan itu,kerana setiap perjuangan atas prinsip SEDAR dan MUKADIMAH GPMS  amat ditagih oleh pelajar-pelajar  Melayu di setiap pelosok negara.


'Belajar Terus Belajar'

    

Sunday, August 10, 2025

Tamat Persekolahan Usia 16 Tahun:


Saranan yang wajar difikirkan.Kewajaran menamatkan persekolahan dalam usia 16 tahun memang bertepatan dengan situasi di Malaysia.Ibu bapa wajar mengambil cakna dan menyokong akan saranan itu.
     Ini bermakna pelajar telah diberikan ruang lebih awal untuk mengatur kehidupan  mereka sama ada mahu bekerja,belajar di bidang yang mereka minati atau bekerja sambil belajar berdasarkan sistem pendidikan negara yang lebih mesra dan tuntas.

     Seterusnya wajar juga didengari akan pendapat golongan  belia dan pelajar dalam hal tersebut.Adakah mereka bersetuju dan bersedia menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun.



 

Tuesday, August 5, 2025

Usahlah menjadi Tanda Tanya:


 Diharapkan kes kematian Zara Qairina akan berakhir dengan  menamatkan setiap   tanda tanya ?

Didoakah arwah Zara Qairina dalam rahmat-Nya.


SELAMAT HARI MALAYSIA PERPADUAN KUNCI KEMAKMURAN MALAYSIA

 "We have made our decision after much care and thought, finally arriving at mutual consent by debate and discussion, inquiries and ele...