Tuesday, April 29, 2025

Saturday, April 19, 2025

Anak Siapa Itu Anak Siapa-Siapa


 Anak siapa itu

itu anak siapa-siapa

dia belajar di  sebuah sekolah

rakan kelasnya ada tiga puluh sembilan   orang

rumahnya di bandar

gurunya kata dia dapat TP 2

kawannya dapat TP6.


Anak siapa itu anak siapa-siapa

kakak dan abang serta ibu bapa anak itu ada telefon bimbit

anak siapa itu ada juga

sejak kecil dia sudah arif  butang-butang di telefon bimbit hadiah bapa saudara.



Cikgu anak siapa itu

itu anak siapa-siapa

berkata sekarang ini kamu boleh belajar menggunakan YouTube

di rumah dia terdengar kakaknya melayari AI

di kelas meronta jiwanya membaca huruf-huruf di halaman buku 

di rumah setiap malam dia gembira dengan permainan dalam talian

ibunya menonton televisyen

ayahnya masih bekerja

anak siapa itu anak siapa-siapa.

Monday, April 14, 2025

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

 14April 2025-Isnin,berita menyedihkan,Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 telah meninggal dunia.

      Dalam GPMS Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi mesra dengan panggilan Pak Lah.Didoakan Allahyarham Pak Lah berada dalam rahmat-Nya.

Al-Fatihah.



Belayar perahu di malam hari,

Angin bertiup  langit  mendung ,

Jasa Pak Lah tetap abadi,

Dalam hati  kekal dikenang.



Saturday, April 12, 2025

Pastikan Anak Anda Mengisi Rekod Bacaan.


Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa tuntutlah ilmu dari ayunan sampai ke liang lahad.

                 Ibu bapa wajar memantau dan membimbing anak-anak mereka dalam mengisi pelaporan bacaan .Laporan itu boleh diisi melalui  paparan AINS NILAM KPM yang terdapat di pelantar DELIMa
KPM.Pihak sekolah telah memberikan e-mel dan kata laluan untuk melayari halaman tersebut.

                  Oleh itu ibu bapa wajar memberikan sokongan kepada paparan AINS NILAM ini.Terutamanya ibu bapa yang tinggal di luar bandar dan pinggir bandar.Ingatlah membaca itu kunci ilmu pengetahuan bak kata peribahasa Yang hampa biar terbang ,yang bernas biar tinggal.


Selamat membaca.Gunakanlah AINS NILAM dengan aktif.


 

Wednesday, April 2, 2025

Salam Aidilfitri.


Didoakan ketibaan Syawal ini membawa kesejahteraaan kepada anda semua.Salam dan maaf dipinta.
Doakan juga Palestin pasti Merdeka.

 

Saturday, March 22, 2025

Anak Anda Boleh Membuat Latihan Menggunakan WordWall

 


Penggunaan WordWall amat memudahkan dan menarik bagi anak anda untuk mengulang kahi pelajaran.Ianya mudah dikendalikan walau berada di mana -mana sajaja,Yang penting ada capaian Internet.
      Memang teruja sambil pulang ke kampung,anak-anak anda boleh mengulang kaji pelajaran melalui WordWall.



Sunday, March 16, 2025

Tiba Masanya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).Dipupuk dari Rumah.


 

Sudah tiba masanya,ibu bapa menyemai "Suka" STEM kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi.Bimbingan dari awal di rumah akan dapat menyemai motivasi untuk berminat dengan STEM.

   Ini bermakna bahawa ketika di prasekolah juga anak-anak telah dibawa untuk  meminati STEM.Hal ini penting kerana teknologi masa depan dipenuhi dengan sumber tenaga kerja berasaskan STEM.

   Oleh itu ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak ,mereka dengan disiplin belajar yang tinggi.Jika mereka masih dibuai dengan disiplin belajar yang rendah sudah pasti mereka akan sukar untuk memasuki dunia STEM.

    Akhirnya STEM akan mewarnai pembangunan negara pada masa depan.

link:Petikan berita ucapan YAB PMX  pada Majlis Peluncuran Wakaf MARA MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1372869/70-peratus-kemasukan-ke-mrsm-sbp-tahun-depan-daripada-aliran-stem-pm

Saturday, March 8, 2025

Bina Asas Suka Membaca di Rumah.



Selamat berpuasa.Pada  bulan Ramadan yang mulia ini,sudah pasti ibu bapa boleh bersama-sama anak-anak mereka  membaca al-Quran.Oleh itu tabiat suka membaca al-Quran ini dapat dipupuk sejak dari kecil lagi.

    Sememangnya dunia membaca ini tidak terlepas dalam kehidupan seorang kana-kanak.Tanpa mempunyai tabiat membaca sudah pasti akan terbantut proses pembelajaran mereka di sekolah.

    Oleh itu ibu bapa yang mampu membaca al-Quran bersama-sama anak-anak mereka sudah pasti dapat menyemai semangat membaca al-Quran yang seterusnya akan membawa mereka kelak untuk bertadarus

   

 


Sunday, March 2, 2025

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa.

SALAM RAMADAN
Kini bulan Ramadan telah pun tiba.Oleh itu ibu bapa sewajarnya boleh mengambil langkah -langkah  yang wajar dalam mendidik anak-anak mereka berpuasa.

    Berikut dipaparkan beberapa panduan.(ChatGPT)



 

Mendidik kanak-kanak berpuasa di bulan Ramadan perlu dilakukan secara bertahap, dengan pendekatan yang penuh kasih sayang dan kesabaran. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:

 

1. Mulakan Secara Bertahap

🌙 Latih Secara Berperingkat – Jangan terus paksa anak-anak berpuasa sehari penuh. Mulakan dengan:

 

Puasa separuh hari (hingga Zuhur atau Asar).

Berpuasa selang sehari untuk membiasakan diri.

Meningkatkan tempoh puasa secara perlahan-lahan setiap tahun.

2. Berikan Pemahaman Mengenai Puasa

📖 Ceritakan Keistimewaan Ramadan – Gunakan kisah-kisah dari al-Quran dan hadis yang mudah difahami.

💡 Jelaskan Hikmah Puasa – Terangkan bahawa puasa bukan hanya menahan lapar, tetapi juga mendidik kesabaran dan kebaikan.

 

3. Sediakan Makanan Berkhasiat

🥗 Pastikan Sahur yang Mengenyangkan – Berikan makanan yang lambat dicerna seperti oat, roti gandum, kurma, dan susu.

🍉 Elakkan Makanan Masin dan Pedas – Supaya anak tidak cepat dahaga.

 

4. Cipta Suasana Ramadan yang Seronok

🕌 Libatkan Anak dalam Ibadah – Ajak mereka solat berjemaah, membaca al-Quran, dan bersedekah.

🎨 Buat Aktiviti Menarik – Contohnya, menghias rumah dengan tema Ramadan atau membuat jadual puasa yang berwarna-warni.

 

5. Berikan Ganjaran & Pujian

🏆 Berikan Hadiah Kecil – Contohnya pelekat bintang, pujian, atau hadiah kecil apabila berjaya berpuasa.

😊 Jangan Paksa & Jangan Marah – Jika anak tidak mampu, berikan galakan secara lembut.

 

Yang penting, jadikan pengalaman berpuasa ini sesuatu yang menyeronokkan supaya mereka menanti-nantikan Ramadan setiap tahun. Semoga berjaya! 🌟💖

 

 👉Selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan.

Sunday, February 23, 2025

Adakah Anak Anda Mengulang Kaji di Rumah?


 Kini sesi persekolahan 2025/2026 telah pun bermula.Setiap murid sudah mempunyai jadual waktu belajar di sekolah.

    Justeru itu adakah setiap murid mempunyai jadual waktu belajar di rumah?Setakat mana ibu bapa memastikan anak-anak mereka mempunyai waktu belajar di rumah?

    Sesungguhnya untuk mencipta pencapaian yang baik dalam pelajaran setiap murid mesti dilatih mempunyai waktu belajar di rumah.Jika tidak murid-murid akan ketinggalan jauh ke belakang.

     Oleh itu setiap murid wajar ingat,tugas mereka ialah untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diajar di sekolah.

     Bahkan kini,ibu bapa sepatutnya sudah memastikan   anak-anak mereka mesra dan menguasai asas  penggunaan teknologi digital secara berperingkat.Ibu bapa boleh berinteraksi dengan pihak sekolah dalam meneroka penguasaan asas digital anak-anak mereka.

    Kesimpulannya masa belajar di rumah amat penting dalam membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran yang diajar di sekolah.

Saturday, February 8, 2025

Bolehkah AI(artificial intelligence(kecerdasan buatan) Membantu Anak Anda Belajar?


 Kini AI kian menjadi buah mulut akan penggunaannya.Namun adakah AI ini boleh membantu anak anda dalam memahami pelajaran yang mereka belajar   di sekolah.

    Ibu bapa wajar membimbing anak-anak mereka akan tatacara menggunakan AI untuk memahami sesuatu kemahiran yang diajar di sekolah.

     Tanpa etika  yang betul sudah pasti anak-anak/murid-murid itu menjadi keliru  atau mereka menjadi peniru sahaja,kesannya  mereka tidak dapat menguasai kemahiran yang  patut mereka kuasai.

      Namun jika digunakan dengan betul sudah pasti  kecerdasan buatan ini dapat membantu anak-anak/murid-murid memahami dan menguasai   isi pelajaran yang mereka belajar di sekolah.

      Rumusannya dunia kini memberikan ruang terbuka kepada setiap anak /murid memahami isi pelajaran yang mereka belajar di sekolah.Mereka boleh mengulang kaji dengan menggunakan panduan di YouTube,TikTok ,belajar secara dalam talian atau kelas tambahan bersemuka.

Wednesday, February 5, 2025

Murid Tidur di Kelas?


 Sesi persekolahan 2025/2026 hampir tiba.Oleh itu amat wajar ibu bapa memastikan anak-anak mereka sudah bersedia untuk menimba ilmu di sekolah.

     Ibu bapa wajar menyusun dan memberikan nasihat yang baik agar anak-anak mereka dapat tenaga yang secukupnya ketika belajar di dalam kelas.

     Amatlah rugi jika terdapat anak murid yang tidur ketika  belajar di dalam kelas.

Kesimpulannya ibu bapa bertanggungjawan memastikan anak-anak mereka mendapat tidur yang secukupnya.

Monday, January 27, 2025

Membaca dan Cara Menjawab Soalan Pemahaman.


Membaca menambah ilmu,oleh itu kamu wajar memanfaatkan masa cuti ini denga membaca.  Membaca juga memerlukan kamu memahami maklumat yang terdapat dalam bahan yang kamu baca.
    Rujuk YouTube  tersebut agar  dapat membantu kamu cara-cara memahami maklumat yang kamu baca dan menjawab soalan pemahaman.

 

Monday, January 20, 2025

Cara Menulis Pendahuluan Karangan.




Terdapat ramai murid yang tidak mahir menulis pendahuluan karangan,di sini dipaparkan beberapa cara untuk menulis pendahuluan katangan.  Murid-murid boleh merujuk Youtube untuk  medapatkan maklumat lanjut.

   Cuba tulis pendahuluan karangan bagi soalan berikut.

   Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Membaca Buku.

Friday, January 10, 2025

Gunakan Buku Teks untuk Menyemai Tabiat Membaca.

 


Kebiasaannya murid-murid yang bakal memasuki sesi persekolahan 2025/2026  telah pun mendapat buku teks.Agihan buku teks diberikan oleh pihak sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan 2025/2026.

     Oleh itu  murid-murid hendaklah memanfaatkan buku teks tersebut dengan menggunakannya sama ada untuk mengisi masa lapang,menjadikan membaca  buku teks sebagai aktiviti ketika  cuti sekolah dan menggunakannya sebagai asas dalam memahami topik baharu .

     Lantaran itu murid-murid juga boleh menggunakan buku teks dengan merujuk YouTube.

Contohnya:

Jika mahu belajar menggunakan buku teks Bahasa Melayu Tahun 5,langkah-langkahnya ialah

1-buka buku teks tersebut dan rujuk tajuk nya.

-Unit 1-Masyarakat Penyayang,kemudian lihat  Rakan Taman.selepas itu

buka YouTube dengan mencari BM Tahun 5 Rakan Taman.


      Selain  itu,murid-murid juga boleh melancarkan bacaan dengan membaca kuat menggunakan buku teks tersebut.

       Kesimpulannya buku teks boleh dimanfaatkan ketika cuti persekolahan.

Matematik Sukar?

  Itulah realiti dan bukan fantasi.Fikir-fikirkanlah.