Menjelang sepuluh tahun mendatang yakni tahun 2030,amatlah diharapkan Malaysia menjadi negara membaca.Rakyat Malaysia pada ketika itu sudah mampu menjadikan membaca sebagai budaya dalam kehidupan harian mereka.
Lantaran itu dalam menuju hasrat tersebut sudah sewajarnya tapak permulaannya bermula pada ketika ini ,yakni pada tahun 2020.Institusi kekeluargaan sepatutnya menjadikan membaca itu satu kemestian ketika berada di rumah atau di mana-mana sahaja.Waktu yang terluang digunakan untuk membaca.
Bahkan peranan badan bukan kerajaan juga penting dalam membantu membina rakyat Malaysia yang suka membaca.Gpms sebagai sebuah pertubuhan belia yang berteraskan pendidikan wajar sekali membantu pihak kerajaan dalam mengupayakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya kepada murid sekolah dan penuntut di menara gading.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Salam Aidilfitri.
Didoakan ketibaan Syawal ini membawa kesejahteraaan kepada anda semua.Salam dan maaf dipinta. Doakan juga Palestin pasti Merdeka.

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Keputusan SPM 2023 telah pun diketahui.Kini terserahlah kepada pelajar itu untuk memilih langkah-langkah yang seterusnya. Pilihan...