-Betulkah sukar menguasai mata pelajaran Sejarah ?
Ketika ini murid-murid Tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan SPM 2019.Diharapkan mereka diberikan keselesaan dalam menjawab soalan.
Sehubungan itu benarkah sukar untuk lulus mata pelajaran Sejarah,atau hal ini hanyalah momokan sahaja.
Para ibu bapa tentu insaf dan sedar,mata pelajaran Sejarah sudah diajar sejak di sekolah rendah.Oleh itu amatlah sinis jika mata pelajaran ini dianggap sebagai sukar untuk lulus.
Oleh,itu secara khususnya setiap warganegara Malaysia wajib memahami akan hakikat peristiwa sejarah yang berlaku di Malaysia.Pihak ibu bapa wajar membantu dan memberikan motivasi kepada anak-anak mereka untuk suka belajar dan menghayati akan kisah sejarah Malaysia.
Lantaran itu sewajarnya murid-murid Tingkatan 5 dan ibu bapa mereka mengetahui akan kesannya jika gagal dalam mata pelajaran Sejarah pada peringkat SPM.
*Selamat menduduki peperiksaan SPM 2019.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Membaca dan meneliti baris-baris puisi dalam buku ini,membawa saya berada dalam dunia rasa dan fikir setiap pengkarya.Jiwa ...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Masa terus berdetik,sama ada terasa perlahan atau pantas,masa terus berdetik.Jangka masa 2026-2035,waktu yang amat penting kepada setiap ibu...


No comments:
Post a Comment