Apa khabar murid tahun 4,patutkah kamu mengikuti kelas intensif?
Pilihan di tangan kamu.Mampukah kamu berbuat keputusan ,telitilah penguasaan kamu dalam setiap mata pelajaran yang kamu belajar,dan buatlah keputusan?
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Apa khabar murid tahun 4,patutkah kamu mengikuti kelas intensif?
Pilihan di tangan kamu.Mampukah kamu berbuat keputusan ,telitilah penguasaan kamu dalam setiap mata pelajaran yang kamu belajar,dan buatlah keputusan?
https://www.sinarharian.com.my/article/792085/berita/nasional/gpms-keluar-roy-sertai-ros
Perjuangan GPMS wajar mekar pada sepanjang masa.Situasi masa yang kian berubah persekitarannya,menuntut GPMS terus membawa suara dan membantu meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
Masa berubah warna dan cara,pemimpin datang dan silih berganti,namun hakikat perjuangan GPMS tetap tersemat di sanubari.
Selamat belajar.
Contoh jawapan.
Keluarga saya terdiri
daripada ayah, ibu, abang, adik dan saya.
Kami
saling menyayangi serta menghormati antara satu sama lain. Pada waktu petang,
kami sering meluangkan masa bersama di ruang tamu.
Ayah
dan ibu sentiasa menjaga serta membimbing kami dengan penuh kasih sayang.
Oleh itu, saya berasa gembira dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan harmoni
Pendahuluan
Pada
suatu hari, sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru. Semua
murid berkumpul di dewan sekolah dengan perasaan gembira dan teruja untuk
meraikan guru-guru.
Isi 1
Seterusnya,
murid-murid memberikan bunga, hadiah dan kad ucapan kepada guru sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka mendidik serta membimbing kami.
Isi 2
Selain
itu, guru-guru tersenyum gembira apabila menerima kejutan
daripada murid-murid. Mereka berasa dihargai dan mengucapkan terima kasih
kepada semua murid.
Isi 3
Kemudian,
majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian dan tarian.
Persembahan tersebut berjaya menceriakan suasana dan mendapat tepukan gemuruh
daripada para hadirin.
Penutup
Akhir
sekali, semua warga sekolah menikmati sambutan Hari Guru dalam
suasana yang meriah.
Pada
suatu hari,
sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru. Semua murid berkumpul di dewan
sekolah dengan perasaan gembira dan teruja untuk meraikan guru-guru.
Seterusnya,
murid-murid memberikan bunga, hadiah dan kad ucapan kepada guru sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka mendidik serta membimbing kami.
Selain itu, guru-guru
tersenyum gembira apabila menerima kejutan daripada murid-murid. Mereka berasa
dihargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua murid.
Kemudian, majlis diteruskan
dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian dan tarian. Persembahan tersebut
berjaya menceriakan suasana dan mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.
Akhir sekali, semua warga
sekolah menikmati sambutan Hari Guru dalam suasana yang meriah.
Kamu ternampak seorang rakan terjatuh ketika
sedang berlari di padang sekolah. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
Contoh
Jawapan:
Apabila ternampak rakan terjatuh di padang
sekolah, saya akan segera membantunya bangun dengan
berhati-hati. Saya akan bertanya tentang keadaannya
dan membawanya berjumpa guru atau ke bilik rawatan jika dia
cedera. Saya juga akan menenangkan rakan tersebut
Apakah
tindakan kamu apabila terjumpa dompet di tepi padang selepas latihan sukan?
Jika saya
terjumpa dompet di tepi padang selepas latihan sukan, saya akan mengambil
dompet tersebut dan memeriksa jika terdapat maklumat pemilik. Seterusnya, saya
akan menyerahkannya kepada guru bertugas atau pihak sekolah. Saya tidak akan
mengambil wang atau barang di dalam dompet kerana perbuatan itu tidak jujur.
Tindakan ini dapat membantu pemilik mendapatkan semula dompetnya.
Semangat Hijrah 1448H: Pengorbanan Demi Kecemerlangan Pendidikan dan Masa Depan
Kedatangan Tahun Hijrah 1448H wajar disambut dengan semangat hijrah dan pengorbanan yang tinggi dalam usaha membina generasi berilmu serta berdaya saing. Pendidikan perlu dijadikan agenda utama bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej hingga ke menara gading, sama ada dalam bidang akademik mahupun Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ibu bapa dan seluruh keluarga hendaklah sanggup berkorban dari segi masa, tenaga dan sumber kewangan demi memastikan anak-anak memperoleh pendidikan yang terbaik. Pengorbanan hari ini merupakan pelaburan yang akan menentukan kejayaan masa depan mereka.
Dalam era kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang, generasi masa kini perlu menguasai teknologi secara bijaksana untuk meningkatkan pencapaian pendidikan, mengembangkan ekonomi dan memperbaiki kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat serta negara. Semangat Hijrah 1448H hendaklah menjadi pemangkin kepada perubahan, ilmu dan kemajuan demi membina masa depan yang lebih gemilang.
Salam Maal Hijrah 1448
Murid melihat:
Contoh soalan:
Murid membaca petikan untuk mencari jawapan kepada soalan.
Contoh jawapan murid:
“Sekolah yang bersih menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa dan dapat mengelakkan penyakit.”
Aktiviti:
Setiap murid perlu menjaga kebersihan sekolah. Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana yang selesa dan ceria. Murid dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan bau busuk dan sampah sarap.
Pada setiap hari, murid bertugas akan membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula. Mereka menyapu lantai, mengelap meja dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Selain itu, pihak sekolah turut mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah.
Kebersihan penting untuk menjaga kesihatan. Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan penyakit seperti demam denggi dan keracunan makanan. Oleh itu, semua murid hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan sekolah.
Sebagai murid yang bertanggungjawab, kita mestilah mengamalkan sikap cinta akan kebersihan pada setiap masa. Sekolah yang bersih akan menjadi tempat yang selamat dan menyenangkan.
Soalan Latihan:
Berdasarkan petikan di atas bina satu Peta Bulatan bertajuk Cara-cara Menjaga Kebersihan Kelas.
Apabila menerima sesuatu aduan daripada seorang murid,wajar aduan itu diberikan perhatian yang utaa dan disiasat.
Jika melibatkan:
Guru hendaklah segera memaklumkan kepada:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Sewajarnya setiap rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai,dalam membina Malaysia yang makmur,aman damai dan sejahtera.Usahlah bermain-main dengan isu yang sensitif.
Seterusnya terima kasih kepada para pensyarah Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu,yang mendidik saya menjadi 'seorang guru'.
Terima kasih juga kepada para guru yang telah berbakti menjadi penggerak Gpms Sitiawan,Gpms Perak dan Gpms Kebangsaan.
Sesungguhnya 'Guru Bitara,Nadi Negara". Terima kasih Cikgu.
Baca teks berikut dan jawab soalan yang diberikan.
Setiap murid perlu menjaga kebersihan diri dan
persekitaran. Kebersihan penting untuk mengelakkan penyakit. Di sekolah,
murid-murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong yang disediakan. Selain
itu, mereka juga perlu membersihkan kelas secara bergotong-royong.
Di rumah pula, kita perlu memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih. Amalan mencuci tangan sebelum makan juga sangat penting. Dengan menjaga kebersihan, kita dapat hidup dalam keadaan sihat dan selesa.
Ibu bapa wajar memberikan semangat kepada anak mereka untuk dapat menguasai kemahiran asas matematik.
Latihan BM1oc27
Baca soalan dengan teliti dan pilihan jawapan yang
betul.
1.Pilih
ayat yang paling tepat menggunakan kata adjektif untuk menggambarkan
suasana.
A. Suasana
di pasar itu sangat bising dan meriah sekali.
B. Suasana di pasar itu sangat bising meriah sekali.
C. Suasana di pasar itu meriah sangat dan sekali bising.
D. Suasana di pasar itu sangat meriah bising sekali.
2. Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan makna paling tepat
berdasarkan situasi.
Situasi: Seorang murid berjaya menyiapkan
tugasan dengan teliti dan teratur..
A. Hasil kerja murid itu sangat cantik.
B. Hasil kerja murid itu sangat rajin.
C. Hasil kerja murid itu sangat kemas.
D. Hasil kerja murid itu sangat cepat.
3. Pilih ayat yang menunjukkan penggunaan kata
adjektif berlawanan (antonim) yang betul.
A. Jalan itu sempit tetapi luas.
B. Air itu panas tetapi sejuk.
C. Rumah itu besar tetapi kecil di dalamnya.
D. Soalan itu susah tetapi senang difahami.
Umumnya murid berusia tujuh dan enam tahun sudah menjadi kebiasaan menggunakan aplikasi di telefon pintar.Ini membantu mereka berjinak-jinak dengan elemen digital.Bagaimana dengan karakter mereka?Adakah karakter itu hanya bergantung di sekolah semata-mata?
Selamat Hari Raya Aidilfitir,selamat bercuti.Belajar usah lupa.
Ibu bapa wajar memastikan bahawa keperluan itu dapat membantu anak mereka memahami akan mata pelajaran yang sukar bagi mereka.Pembelajaran di sekolah tidak cukup bagi anak itu untuk memahami akan sesuatu isi mata pelajaran,oleh itu belajar di pusat tuisyen dapat membantu anak itu menguasai akan isi mata pelajaran tersebut.
👉Amatlah penting anak itu belajar di pusat tuisyen yang kondusif,bilangan murid di kelas itu tidak ramai,bilangan murid antara lima hingga sepuluh orang sahaja.Amat merugikan jika menghantar anak i itu belajar di kelas tuisyen yang bilangan ramai.(20 orang ke atas)
👉Akhirnya,ibu bapa mestilah memastikan kelas tuisyen itu tidak membebankan anak mereka.
Anak-anak yang tinggal di pedalaman,desa ,kampung dan pinggir bandar wajar diberikan tumpuan dan bantuan agar mereka mendapat akses pendidikan yang adil dalam menuju hasrat Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
Ibu bapa dan komuniti harus memahami akan hasrat murni RPM 2026-2035.Ayuh,bergerak bersama-sama dalam mencapai hasrat "Merapatkan Jurang,Meningkatkan Mutu,Meraih Kejayaan Bersama"
Diharapkan pihak berwajib dapat mencari jalan yang paling jitu dalam menambah baik sistem penilaian bagi murid di sekolah rendah.Usahlah tergesa-gesa dalam membuat keputusan.Ingat emosi anak-anak murid di sekolah rendah wajar dijaga dan dipelihara.
Pihak ibu bapa dan masyarakat wajar memberi ruang yang secukupnya kepada pihak berwajib dalam menambah baik sistem yang ada.Usah disebut-sebut lagi UPSR.
Apa khabar murid tahun 4,patutkah kamu mengikuti kelas intensif? Pilihan di tangan kamu.Mampukah kamu berbuat keputusan ,telitilah penguas...