Tuesday, September 1, 2026

Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?


 Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak  itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu bapa .Hal ini menyebabkan terdapat sebahagian kanak-kanak ini sukar untuk menerima bahan buku apabila mereka mula belajar di sekolah.

      Di sekolah tidak ada  telefon bimbit,tugas guru menjadi kian rumit,tindakan ibu bapa yang memberikan  telefon bimbit kepada anak-anak mereka sejak kecil tanpa bimbingan penggunaan telefon bimbit yang bijak,menyebabkan anak-anak itu kurang motivasi untuk membaca,menulis dan mengira.

    Oleh itu ibu bapa wajar bijak jika mahu memberikan telefon bimbit kepada anak-anak mereka yang berusia antara dua tahun ke enam tahun.Sepatutnya bukulah yang wajar dibeli untuk digunakan oleh anak-anak itu.Jika diberikan telefon bimbit,didiklah anak-anak itu menggunakannya dengan bijak bukannya telefon bimbit itu menguasai minda dan jiwa anak-anak itu.

Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?

 Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak  itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu...