Wednesday, January 22, 2020

2030 Sasaran Malaysia menjadi Negara Membaca.

Menjelang sepuluh tahun mendatang yakni tahun 2030,amatlah diharapkan Malaysia menjadi negara membaca.Rakyat Malaysia pada ketika itu sudah mampu menjadikan membaca sebagai budaya dalam kehidupan harian mereka.

           Lantaran itu  dalam menuju hasrat tersebut sudah sewajarnya tapak permulaannya bermula pada ketika ini ,yakni pada tahun 2020.Institusi kekeluargaan sepatutnya menjadikan membaca itu satu kemestian ketika berada di rumah atau di mana-mana sahaja.Waktu yang terluang digunakan untuk membaca.

           Bahkan peranan badan bukan kerajaan juga penting dalam membantu membina rakyat Malaysia yang suka membaca.Gpms sebagai sebuah pertubuhan belia yang berteraskan pendidikan wajar sekali membantu pihak kerajaan dalam mengupayakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya kepada murid sekolah dan penuntut di menara gading.


         

Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?

 Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak  itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu...