Kanak-kanak Masalah Pembelajaran,siapakah mereka .Setakat manakah sekolah arus perdana mampu mengelola pembelajaran kanak-kaak masalah pembelajaran?
Adakah ibu bapa menghayati proses pembelajaran kanak-kanak masalah pembelajaran?
Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak dapat mengikuti proses pembelajaran yang biasa dilaksanakn di sekolah.Mereka tidak dapat menguasai Pentaksiran Bilik Darjah dan kekadang dianggap tidak dapat mencapai TP1.
Hal ini kekadang membawa konflik kepada para guru yang mengajar murid tersebut.Pelbagai kaedah digunakan,dan selalunya dihantar ke kelas pemulihan khas,namun murid itu tetap juga tidak dapat menguasai TP yang sepatutnya iaitu TP 3.
Sehubungan itu ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang lebih wajar dalam berdepan dengan kanak-kanak masalah pembelajaran.Ibu bapa wajar berbincang dengan guru dan pihak sekolah dalam melihat situasi kanak-kanak tersebut.
Bahkan murid masalah pembelajaran ini hanya boleh disahkan oleh pakar perubatan yang berkelayakan.
Namun hakikat yang paling wajar difahami ialah,ibu bapa yang berhak menentukan situasi persekolahan dan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran.
Adalah menjadi seperti 'satu dosa' jika kanak-kanak ini tidak dipedulikan,sedangkan Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin akan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment