Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Monday, January 27, 2025
Membaca dan Cara Menjawab Soalan Pemahaman.
Monday, January 20, 2025
Cara Menulis Pendahuluan Karangan.
Terdapat ramai murid yang tidak mahir menulis pendahuluan karangan,di sini dipaparkan beberapa cara untuk menulis pendahuluan katangan. Murid-murid boleh merujuk Youtube untuk medapatkan maklumat lanjut.
Cuba tulis pendahuluan karangan bagi soalan berikut.
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Membaca Buku.
Friday, January 10, 2025
Gunakan Buku Teks untuk Menyemai Tabiat Membaca.
Kebiasaannya murid-murid yang bakal memasuki sesi persekolahan 2025/2026 telah pun mendapat buku teks.Agihan buku teks diberikan oleh pihak sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan 2025/2026.
Oleh itu murid-murid hendaklah memanfaatkan buku teks tersebut dengan menggunakannya sama ada untuk mengisi masa lapang,menjadikan membaca buku teks sebagai aktiviti ketika cuti sekolah dan menggunakannya sebagai asas dalam memahami topik baharu .
Lantaran itu murid-murid juga boleh menggunakan buku teks dengan merujuk YouTube.
Contohnya:
Jika mahu belajar menggunakan buku teks Bahasa Melayu Tahun 5,langkah-langkahnya ialah
1-buka buku teks tersebut dan rujuk tajuk nya.
-Unit 1-Masyarakat Penyayang,kemudian lihat Rakan Taman.selepas itu
buka YouTube dengan mencari BM Tahun 5 Rakan Taman.
Selain itu,murid-murid juga boleh melancarkan bacaan dengan membaca kuat menggunakan buku teks tersebut.
Kesimpulannya buku teks boleh dimanfaatkan ketika cuti persekolahan.
Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?
Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu...
-
Membaca dan meneliti baris-baris puisi dalam buku ini,membawa saya berada dalam dunia rasa dan fikir setiap pengkarya.Jiwa ...
-
Masa terus berdetik,sama ada terasa perlahan atau pantas,masa terus berdetik.Jangka masa 2026-2035,waktu yang amat penting kepada setiap ibu...
-
Tahniah Majlis Belia Daerah Manjung kerana berjaya mengadakan program tersebut, Gpms Sitiawan mengucapkan ribuan terima kasih atas jemp...

