Baru-baru ini sidang Dewan Rakyat telah meluluskan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.Pindaan ini dilihat telah memperkemaskan lagi akan kemampuan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia dalam membentuk pemimpin belia yang lebih dinamik,amanah dan wibawa.
Walaupun terdapat beberapa polemik akan keputusan ini,namun hakikatnya pindaan ini akan memberi ruang yang lebih luwes kepada golongan belia di negara ini untuk dilatih dan mencari pengalaman dalam ilmu kepimpinan dan berorganisasi.
Oleh itu nasib belia akan dapat dibela dengan rangka yang lebih sistematik.Jelasnya taburan belia yang terdapat di setiap pelosok negara dapat dibangunkan secara total dan lebih berkesan.
Justeru itu diharapkan pindaan had umur belia ini akan dapat menarik lebih ramai golongan belia bergerak dalam organisasi belia.Jika boleh jurang belia yang tidak berpersatuan dengan belia yang berpersatuan dapat dikecilkan.
Kesimpulannya belia negara ini pewaris masa depan kemajuan dan kemakmuran negara.Malaysia memerlukan belia yang berkomitmen ,berdaya maju,kritis ,bersih dan amanah.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Membaca dan meneliti baris-baris puisi dalam buku ini,membawa saya berada dalam dunia rasa dan fikir setiap pengkarya.Jiwa ...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Masa terus berdetik,sama ada terasa perlahan atau pantas,masa terus berdetik.Jangka masa 2026-2035,waktu yang amat penting kepada setiap ibu...

No comments:
Post a Comment