Pada tempoh yang terdekat ini sudah tentu para ibu bapa telah menerima Pelaporan PBD atau PKSR 1 tahun 2019 sama ada anak anda di Tahap 1 atau Tahap 2.
Semestinya para ibu bapa telah berbincang dengan pihak sekolah akan pencapaian anak masing-masing.Pencapaian anak anda yang terdapat pada pelaporan menggambarkan tahap penguasaan anak anda pada ketika ini.
Lantaran itu,mulai saat ini para ibu bapa sudah dapat memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya dalam membantu anak masing-masing meningkatkan tahap penguasaan mereka bagi sesi Pelaporan pada hujung tahun nanti.
Kebiasaannya setiap sekolah akan mengadakan beberapa langkah penambahbaikan kepada murid berkenaan.'Kesamaran dalam menilai Tahap Penguasaan dan kesamaran interaksi antara ibu bapa dan pihak sekolah boleh membatutkan proses penambahbaikan tahap penguasaan murid berkenaan.
Oleh itu sewajarnya pihak ibu bapa dan sekolah mewujudkan suasana empati dalam bersama-sama menambahbaikan tahap penguasaan murid .
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment