(gambar hiasan-sesumpah,sejenis haiwan yang boleh berubah warna,pemimpin pura-pura ialah yang pandai berlakon,hari ini kata macam itu,esok kata macam ini,pandai berhelah-helah,bermuka-muka,,sentiasa berfikir akan tampuk kekuasaannya dan peluang yang ada menjadi miliknya,namun sesumpah lebih baik daripada Pemimpin Pura-pura)
Semua orang mahu menjadi pemimpin,dan ada juga yang mahu menjadi pengikut dan sedikit pula yang mahu menjadi pejuang.Pemimpin dan kepimpinan itu pula bergantung pula kepada status organisasi yang dinakhodanya,bahkan pemililihan menjadi ketua dalam organisasi itu dibuat dengan pelbagai cara,sama ada secara sistem undian,warisan,perbincangan,dan pelbagai lagi.
Namun adakah anda seorang "Pemimpin Pura-Pura" bukan pemimpin sejati.
Lantaran itu cuba anda hayati butiran berikut dan simpulkanlah sama ada anda "pemimpin pura-pura atau pemimpin sejati."
Ciri-ciri pemimpin sejati.
1-berani kerana benar-menyatakan kebenaran,membela kebenaran dan menerangkan akan kebenaran,tetap menyatakan yang benar walaupun pahit.
2-Berani mengaku salah-berani mengaku salah,jiwanya besar,jika bersalah atau melakukan kesalahan terus mengaku dan mahu membaiki kesalahan itu.Namun jika anda seorang yang tidak berani mengaku salah,suka berdolak-dalik,mencari pelbagai alasan,maka anda seorang yang berjiwa kerdil,dan yang paling baik ialah terus bertaubat apabila berbuat salah.
3-Mengaku semua orang hebat-dia mengaku dan yakin bahawa kejayaan organisasinya adalah atas kerjasama dan daya usaha semua orang dan bukan dirinya sahaja.Memberitahu semua orang bahawa kejayaan dan kekuatan organisasinya ialah atas usaha para jemaah.
4-Merendah diri-merendah diri dan menghormati orang lain,tidak sombong dan ego,menerima semua pendapat orang lain.-oleh itu pemimpin ini tidak suka sombong,bongkak dan menafikan kebolehan dan kejayaan orang lain.
5.Pemaaf-memang pemaaf dan suka memaafkan,tidak pendendam,berbaik sangka dan tidak suka percaya kepada khabar angin .
6.Nawaitunya suci dan bersih,bertindak kerana Allah dan dasar jemaah atau organisasinya,tidak menyekat peluang orang lain,tidak mengambil kesempatan peribadi, dalam berorganisasi.
Itulah sekadar ringkas sama ada anda pemimpin pura-pura atau pemimpin sejati,ringkasnya pemimpin pura-pura takut kepada bayangan sendiri,,mudah buruk sangka,takut akan bayang-bayang orang lain,dan tahniah jika anda -SEORANG PEMIMPIN SEJATI-berjuang kerana Allah dan dasar jemaah atau organisasi.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment