Assalamulaikum w.b.t
Kepada pelayar-pelayar blog gpms sitiawan yang dirahmati,selepas gpms sitiawan terlibat dalam program motivasi Tahun 6 di SK Gugusan Lekir pada 2 & 3 April lepas,minggu ini sekali lagi gpms sitiawan menerima jemputan untuk program motivasi di SK Ismail 1 Muar Johor.Sebagaimana kebiasaan, pihak gpms sitiawan akan cuba memenuhi permintaan masyarakat selagi mana ada kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah.Mudah-mudahan program ini akan diberkati oleh Allah.Mohon kepada aktivis gpms di sekitar Muar dan sekitarnya yang berkelapangan untuk turut serta dalam program ini supaya kita dapat bertukar-tukar idea demi memartabatkan agama dan juga bangsa kita.Jemputan memang kepada gpms sitiawan tetapi pihak gpms sitiawan berbesar hati menjemput semua aktivis untuk turun padang.Jemput semua datang ye.Datang jangan tak datang! Datang jangan tak datang!Datang jangan tak datang!Program kami bersama pihak sekolah insya allah akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.Sebelum pukul 8.30 pagi tu,kepada aktivis gpms di Muar yang nak belanja sarapan,amatlah dialu-alukan.Sebab ada orang kata makanan di sana sedap apatah lagi bila orang sana belanja.
Terima Kasih.
Panel gpms sitiawan
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Setelah mengikuti MPT4,sewajarnya murid - murid Tahun 4 meneruskan usaha mereka dengan lebih tekun.Usaha itu kunci kejayaan.
-
Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dijadikan ukuran dan panduan dalam membantu setiap mu...
No comments:
Post a Comment