Tuesday, March 8, 2022

Beratkah Beg Sekolah Anak Anda?


Menjelang pembukaan sekolah sesi 2022/2023,isu beg sekolah telah  menjadi antara isu yang tular di media massa.Hal ini telah memberikan ruang kepada pihak berwajib untuk mengambil beberapa usaha dan tindakan dalam mengatasi masalah beg sekolah yang berat itu.Syabas diucapkan atas daya usaha itu.

    Kini pihak ibu bapa dan penjaga murid,wajar mendidik dan memberikan motivasi kepada anak-anak mereka terutama yang prasekolah dan Tahun Satu cara-cara menggunakan beg sekolah dengan betul.
Pihak ibu bapa wajar berbincang dengan pihak sekolah agar dapat memilih pendekatan yang paling berkesan.

    Apabila beg sekolah tidak berat,murid - murid prasekolah dan Tahun 1 tentu gembira dan dapat belajar dengan tekun.

    Pada masa akan datang mungkin murid Tahun 1 akan belajar tanpa kertas di sekolah,yang penting ringan.Mereka akan belajar melalui paparan maya sahaja.Mungkinkah begitu?

   

 

Thursday, March 3, 2022

Penuhi Cuti Sekolah dengan Pemakanan yang Baik.



Apa khabar?Harap sihat sejahtera.Pada masa cuti ini pasti anda melakukan pelbagai aktiviti.Antaranya tentu ada yang pulang ke kampung,bertemu sanak saudara.Bahkan ada juga yang memenuhi jemputan kenduri.


      Oleh itu,amat wajar anda mengamalkan  amalan pemakanan yang disyorkan oleh Piramid Makanan Malaysia 2020.Ini akan dapat membantu anda agar dapat mengekalkan  tahap kecergasan dan seterusnya dapat kembali ke sekolah pada penggal akan datang dengan tahap kesediaan belajar yang bermotivasi tinggi.

      Di samping itu anda sebagai murid sekolah sudah tentu dapat mengamalkan amalan yang dipelajari dalam  mata pelajaran Pendidikan  Jasmani dan Kesihatan.Lakukan aktiviti senaman dengan pengawasan ibu  bapa dan keluarga.

       Akhirnya anda akan dapat mengekalkan Indeks Jisim Badan yang tekal.Ini dapat membantu anda memiliki tahap kesihatan yang tinggi.

 

Sunday, February 27, 2022

Menjelang Sesi Persekolahan 2022/2023

 Kini murid-murid sekolah berasa lega seketika,kerana sedang bercuti untuk sesi persekolahan 2021/2022.

Selepas itu setelah tempoh cuti berakhir,mereka akan mula belajar untuk sesi persekolahan 2022/2023.

    Justeru itu setiap murid harus bijak untuk menggunakan masa cuti ini seperti membaca buku,melancong dan membantu ibu bapa.Pun begitu  mereka wajar juga bersedia dan bermotivasi tinggi  untuk  berhadapan dengan sesi persekolahan 2022/2023.


     Pencapaian PBD yang diperoleh pada sesi persekolahan 2021/2022 boleh dijadikan ukuran,dalam membuat persediaan untuk berhadapan dengan sesi persekolahan 2022/2023.

   Pihak ibu bapa dan penjaga murid wajar mengetahui pada sesi akan datang anak mereka akan mula belajar di tahap  yang baharu.Contohnya,jika pada sesi 2021/2022 anak mereka belajar di Tahun 1,maka pada sesi 2022/2023 anak mereka akan belajar di Tahun 2.

   Selamat bercuti dan manfaatkan cuti.

Saturday, February 19, 2022

Perlukah Anak Anda divaksinasi?


 Kini suntikan vaksin Covid-19 telah dibuka kepada kanak-kanak.Oleh itu terserahlah kepada ibu bapa dan penjaga dalam memilih sama ada anak-anak mereka perlu divaksinkan atau pun tidak.

    Para ibu bapa  dan penjaga boleh merujuk dan mendapatkan maklumat berkaitan melalui Kementerian Kesihatan  Malaysia .

     Ketika ini sudah ada ibu  bapa dan penjaga yang bersetuju anak-anak mereka  divaksin,ada juga yang menolak ,bahkan ada juga yang sedang berfikir-fikir  sama ada menerima vaksin atau pun menolak.Masa terus begerak pantas.Keputusan perlu dibuat dengan penuh keyakinan dan bertawakal.

    

Saturday, February 5, 2022

Selamat Maju Jaya kepada Calon-calon SPM 2021 Daerah Manjung.


 Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021.Baca soalan dengan teliti sebelum menjawab soalan.Didoakan calon-calon SPM 2021 dapat menjawab soalan dengan tenang dan mencipta impian masing-masing.

Friday, February 4, 2022

Kemahiran Bertanya?

Gambar 1.


Pernahkah ibu bapa bertanya sama ada anak-anak mereka di sekolah rendah dan menengah rendah menguasai kemahiran bertanya.

    Tentu setiap ibu bapa dapat mengenal pasti bahawa anak-anak mereka menguasai kemahiran bertanya.
    Amatlah sukar difikirkan sekiranya kemahiran bertanya ini dibiarkan dibawa angin lalu.Oleh itu adakah  kemahiran bertanya ini sama penting dengan kemahiran membaca,menulis dan mengira?


    Sehubungan itu berdasarkan gambar 1,cuba anda ajukan kepada anak anda  yang belajar di sekolah rendah, menengah rendah  dan prasekolah untuk mengajukan pertanyaan berdasarkan gambar 1.Tentu anda dapat mendengar pelbagai pertanyaan yang mereka ajukan.Tentu juga anda dapat menilai akan perbezaan setiap pertanyaan itu.

      Setelah itu anda fikirkan,adakah anak-anak anda telah menguasai kemahiran bertanya?
 

Thursday, January 27, 2022

Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) Anak Anda?

 

Setiap ibu bapa tentu telah memahami apa itu Pentaksiran Bilik Darjah.(PBD).Bahkan ibu bapa juga telah mengetahui 'Tahap Penguasaan" anak masing-masing  dalam setiap mata pelajaran yang mereka belajar di sekolah.

         Mungkin anak anda mendapat TP3,atau mungkin TP1,dan mungkin juga TP6.Hal ini sudah pasti diketahui oleh setiap ibu bapa.Ada juga murid yang mendapat semua TP6.

         Oleh itu ibu bapa wajar membantu dan memberikan semangat kepada anak-anak mereka dalam meningkatkan pencapaian TP masing-masing.Usahlah membandingkan pencapaian TP ,yang penting memberikan idea dan buah fikiran serta membantu setiap murid membaiki pencapaian TP .

Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026

 Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,  Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...