Apa khabar?Harap sihat sejahtera.Pada masa cuti ini pasti anda melakukan pelbagai aktiviti.Antaranya tentu ada yang pulang ke kampung,bertemu sanak saudara.Bahkan ada juga yang memenuhi jemputan kenduri.
Oleh itu,amat wajar anda mengamalkan amalan pemakanan yang disyorkan oleh Piramid Makanan Malaysia 2020.Ini akan dapat membantu anda agar dapat mengekalkan tahap kecergasan dan seterusnya dapat kembali ke sekolah pada penggal akan datang dengan tahap kesediaan belajar yang bermotivasi tinggi.
Di samping itu anda sebagai murid sekolah sudah tentu dapat mengamalkan amalan yang dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Lakukan aktiviti senaman dengan pengawasan ibu bapa dan keluarga.
Akhirnya anda akan dapat mengekalkan Indeks Jisim Badan yang tekal.Ini dapat membantu anda memiliki tahap kesihatan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment