Selamat bercuti.Murid yang bijak sudah tentu akan mengisi masa cuti itu dengan merehatkan minda.Namun murid itu pasti juga akan mengulang kaji pelajaran,menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru,dan membaca buku.
Amatlah rugi,jika murid itu tidak membaca ,tidak menyiapkan kerja rumah .Memang ada murid-murid yang tidak bijak mengurus masa cuti.Oleh itu amat wajar ibu bapa membimbing mereka untuk menggunakan masa cuti dengan penuh bermanfaat.
Ibu bapa boleh menyemak sama ada anak-anak mereka di tahun satu sudah boleh membaca atau gagal menguasai kemahiran membaca.Bahkan ibu bapa berhak untuk menyemak sama ada anak-anak mereka di tahun empat hingga enam sudah menguasai kemahiran membaca atau masih di tahap tidak menguasai.
Masa cuti ialah masa untuk merehatkan minda,namun ramai murid di luar sana yang tetap mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan atau tuisyen berbayar.
Rumusannya terserahlah kepada individu murid itu untuk mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah dan molek sungguh jika mendapat bimbingan daripada ibu bapa.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Friday, March 13, 2020
Saturday, March 7, 2020
'Bertemu di Kampung Lumut Kiri 2020'(7 Mac 2020-Sabtu)
-Syabas dan tahniah kepada Encik Zamri dan Puan Zailina,selamat menerima menantu.
-Ketemu juga di sini,di Kg. Lumut Kiri
Hampir mencecah tiga puluh tahun tidak bersua,sama ada ketika itu masih bersekolah
di sekolah Gandhi(Sk Simpang Empat Sitiawan) atau di Sekolah Menengah Tok Perdana Sitiawan
atau juga di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam,itu semua adalah rentetan sebuah peristiwa.
Hari ini blogger berkesempatan bersua dengan rakan-rakan lama itu,di Kg.Lumut Kiri(tentu kawan-kawan ingat lokasi Kampung Lumut Kiri).sempena majlis kenduri kahwin anak puan Zailina,tentu kawan-kawan ingatkan).
Lumut Kiri dipandangan,
Kampung Serdang,Padang Astaka;
Detik masa jadikan kelangsungan,
Doa diangkat dalam rahmat-Nya.
Blogger:Ada nasa ketemu lagi.
Sunday, March 1, 2020
Syabas Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Ke- 8.
Saturday, February 29, 2020
Program Kolaboratif .
Program Kolaboratif dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai satu wadah dalam mencapai semangat kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.Lumrahnya program kolaboratif ini diadakan dengan ibu bapa yang anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan utama sama ada UPSR dan SPM.
Bahkan lafazan ikrar juga akan berkumandang daripada pihak murid,ibu bapa dan guru.Hal ini dapat membentuk satu semangat kekitaan dalam mencapai matlamat yang diinginkan.
Dalam usaha membina matlamat tersebut sewajarnya iltizam ikrar itu dapat dijana dengan penuh kesungguhan dan mampu menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dalam menuju sasaran yang dihajati.
Oleh itu selamat berusaha dalam menuju setiap harapan dan sasaran.
Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing,
Yang bergaris yang berpahat,yang bertakuk yang bertebang.
Yang elok budi,yang indah bahasa.
Bahkan lafazan ikrar juga akan berkumandang daripada pihak murid,ibu bapa dan guru.Hal ini dapat membentuk satu semangat kekitaan dalam mencapai matlamat yang diinginkan.
Dalam usaha membina matlamat tersebut sewajarnya iltizam ikrar itu dapat dijana dengan penuh kesungguhan dan mampu menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dalam menuju sasaran yang dihajati.
Oleh itu selamat berusaha dalam menuju setiap harapan dan sasaran.
Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing,
Yang bergaris yang berpahat,yang bertakuk yang bertebang.
Yang elok budi,yang indah bahasa.
Saturday, February 15, 2020
Apakah Cita-cita Anak Anda?
Apakah cita-cita anak anda?Setakat mana anak anda,memahami akan bidang kerjaya mereka.
Buku ini elok dibaca oleh anak anda,selain menambah ilmu pengetahuan dan berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan seorang jurutera.
Apakah itu bidang kerjaya kejuruteraan?Buku yang agak santai ini sesuai dibaca oleh murid sekolah rendah dan juga menengah rendah.
Sunday, February 9, 2020
Saturday, February 1, 2020
Subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Membaca dan meneliti baris-baris puisi dalam buku ini,membawa saya berada dalam dunia rasa dan fikir setiap pengkarya.Jiwa ...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Masa terus berdetik,sama ada terasa perlahan atau pantas,masa terus berdetik.Jangka masa 2026-2035,waktu yang amat penting kepada setiap ibu...












