Selamat bercuti.Murid yang bijak sudah tentu akan mengisi masa cuti itu dengan merehatkan minda.Namun murid itu pasti juga akan mengulang kaji pelajaran,menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru,dan membaca buku.
Amatlah rugi,jika murid itu tidak membaca ,tidak menyiapkan kerja rumah .Memang ada murid-murid yang tidak bijak mengurus masa cuti.Oleh itu amat wajar ibu bapa membimbing mereka untuk menggunakan masa cuti dengan penuh bermanfaat.
Ibu bapa boleh menyemak sama ada anak-anak mereka di tahun satu sudah boleh membaca atau gagal menguasai kemahiran membaca.Bahkan ibu bapa berhak untuk menyemak sama ada anak-anak mereka di tahun empat hingga enam sudah menguasai kemahiran membaca atau masih di tahap tidak menguasai.
Masa cuti ialah masa untuk merehatkan minda,namun ramai murid di luar sana yang tetap mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan atau tuisyen berbayar.
Rumusannya terserahlah kepada individu murid itu untuk mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah dan molek sungguh jika mendapat bimbingan daripada ibu bapa.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Setelah mengikuti MPT4,sewajarnya murid - murid Tahun 4 meneruskan usaha mereka dengan lebih tekun.Usaha itu kunci kejayaan.
-
Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dijadikan ukuran dan panduan dalam membantu setiap mu...
No comments:
Post a Comment