Friday, March 8, 2019

Selamat Bersidang: 'Perwakilan GPMS' Sempena PAT GPMS di Kedah 2019.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) sudah lama bertapak sebagai sebuah organisasi pertubuhan belia yang memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu berdasarkan Mukadimah Gpms dan 'Sedar" Gpms.

       Oleh itu dalam mencakupi peredaran masa 1948 hingga 2019,sudah tentu pelbagai rencam dan kejayaan yang telah dicapai oleh Gpms.Apatah lagi hala tujua masa depan GPMS tertakluk kepada kebijaksanaan kepimpinan organisasi Gpms.

        Sehubungan dengan itu,amatlah wajar Gpms memberikan perhatian kepada dunia pendidikan masa kini.Antaranya:

       -Pemansuhan amalan peperiksaan di Tahap 1 .

       -Pembelajaran Abad Ke-21.

       -STEM.

       -Revolusi Industri(RI) 4.0.

 
         Bahkan Gpms boleh membantu memacu  pencapaian pendidikan pelajar-pelajar Melayu dengan meneruskan memberikan sumbangan idea dan tenaga.

         Selamat bersidang.

Wednesday, February 13, 2019

Bantu Anak Anda 'Seronok ke Sekolah'

'Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18 Februari 2019 di seluruh negara. Sesungguhnya kita amat mengalu-alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta seiring dengan Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama secara meluas antara ibu bapa, komuniti dan pihak swasta di bawah Inisiatif 62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). '

(TEKS UCAPAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 SMK BANDAR TASIK KESUMA 11 FEBRUARI 2019)


    Petikan ucapan di atas membawa betapa besarnya komitmen dan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia dalam mengambil beberapa inisiatif untuk menggembirakan setiap murid untuk hadir ke sekolah.
    Pun begitu lebih molek jika para ibu bapa dengan penuh rasa gembira membantu anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan dengan  niat menimba ilmu.Ibu bapa lebih memamahami gelodak jiwa anak-anak mereka.
     Pebincangan dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah secara santai dan bernawaitu kudus akan lebih membantu mengatasi masalah 'ponteng'.Bak kata pepatah Tidak  ada kusut yang  tak selesai,tak ada keruh  yang tak jernih,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.


Friday, February 8, 2019

Hobi Dia Mengumpul Pen 2019.

 Antara koleksi pen   En.Muhathir Bin Makhtar.



 Hobinya bermula dengan pen yang dibeli oleh ayah beliau.
Apakah hobi anda,memancing,membela burung,membaca buku atau meneropong bintang di langit?
Hobi Encik Muhathir ialah mengumpul pen.Harga pen mencecah ke RM2000.00.
     Selain itu Encik Muhathir bergiat aktif dalam berkhidmat kepada komuniti setempat.Antara jawatan yang disandang beliau ialah;

-Pengerusi JKPD AADK Daerah Manjung,Pengerusi Koperasi Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam Sitiawan Berhad,AJK KPIBKS Kebangsaan,Timbalan Pengerusi  KPIBKS daerah Manjung dan Pengerusi Kelab Harmonis daerah Manjung.
     Bagaimanakah hobi anak anda?Adakah anda menghayati hobi anak anda?
     

Thursday, January 24, 2019

Monday, December 31, 2018

2019:"Tiada Lagi Peperiksaan bagi Murid Tahap 1.


                                                                Rajah 1


Umum telah pun cakna dan mengetahui bahawa mulai tahun 2019,tiada lagi peperiksaan untuk murid Tahap 1.Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) telah diangkat sebagai satu wadah dalam melihat kemajuan murid Tahun 1,Tahun 2 dan  Tahun 3.

       Oleh itu antara perkara yang  boleh ditaksir temasuklah yang dipaparkan di rajah 1.Ibu bapa mesti peka akan pencapaian anak-anak mereka berdasarkan PBD.Melalui PBD ibu bapa turut sama boleh membantu pihak sekolah mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan potensi anak-anak masing-masing.

        Selamat belajar kepada semua murid di Malaysia.

Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026

 Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,  Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...