Wednesday, February 13, 2019

Bantu Anak Anda 'Seronok ke Sekolah'

'Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18 Februari 2019 di seluruh negara. Sesungguhnya kita amat mengalu-alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta seiring dengan Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama secara meluas antara ibu bapa, komuniti dan pihak swasta di bawah Inisiatif 62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). '

(TEKS UCAPAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 SMK BANDAR TASIK KESUMA 11 FEBRUARI 2019)


    Petikan ucapan di atas membawa betapa besarnya komitmen dan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia dalam mengambil beberapa inisiatif untuk menggembirakan setiap murid untuk hadir ke sekolah.
    Pun begitu lebih molek jika para ibu bapa dengan penuh rasa gembira membantu anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan dengan  niat menimba ilmu.Ibu bapa lebih memamahami gelodak jiwa anak-anak mereka.
     Pebincangan dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah secara santai dan bernawaitu kudus akan lebih membantu mengatasi masalah 'ponteng'.Bak kata pepatah Tidak  ada kusut yang  tak selesai,tak ada keruh  yang tak jernih,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.


No comments:

Post a Comment

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...