Kini semua murid tahun 5,menyedari akan amalan kebiasaan baharu.Sejak Covid-19 melanda Malaysia,rakyat Malaysia telah dibiasakan dengan kebiasaan baharu.Lantaran itu juga UPSR Tahun 2020 telah dibatalkan.
Namun situasi pada tahun 2021 agar sukar untuk ditelah.Adakah murid-murid tahun 5, 2020 akan menghadapi UPSR pada tahun 2021 ?
Pun begitu amatlah wajar agar murid-murid tahun 5 bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang akan berlaku.Penguasaan kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul perlu dikuasai.Perlu diingatkan juga,murid-murid tahun 5 sepatutnya sudah dapat menguasai kaedah belajar menggunakan talian maya.
Murid-murid tahun 5 wajar menyedari bahawa kini mereka sedang belajar dalam situasi kebiasaan baharu.Jika mereka culas,mereka akan ketinggalan jauh dalam pelajaran.
No comments:
Post a Comment