Kini pada fasa PKPP ini,beberapa kelas yang mengikuti peperiksaan awam telah pun kembali ke sekolah pada 24 Jun 2020 dan sesi untuk murid prasekolah akan bermula pada 1 Julai 2020.
Justeru itu guru dan ibu bapa/penjaga amat wajar saling membantu.Hal ini akan dapat membina situasi pembelajaran yang berkesan dan seterusnya mengamalkan amalan norma baharu ketika di sekolah dan luar sekolah.
Bagi murid-murid yang masih lagi belajar dari rumah,teruskan belajar dengan penuh semangat.Jika ada masalah,sewajarnya ibu bapa/penjaga berbincang dengan pihak sekolah dalam mencari jalan keluar.
Kerjasama erat antara guru dan ibu bapa /penjaga dapat membantu situasi pembelajaran setiap murid.Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.
No comments:
Post a Comment