Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Friday, December 6, 2019
Adakah Anda Ambil Tahu tentang Pentaksiran?
Ketika ini anak-anak anda tentu sedang menikmati cuti akhir tahun,dan kemungkinan ada juga yang mengikuti kelas tambahan di luar.Apa sahaja aktiviti yang mereka lalui,diharapkan akan dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan kepada anak-anak anda.
Ibu bapa tentu sudah acap kali menerima dan melihat keputusan atau pencapaian pentaksiran anak-anak mereka sama ada di prasekolah,sekolah rendah dan menengah.Ibu bapa amat wajar dan perlu untuk melihat akan pencapaian atau keputusan pentaksiran anak-anak mereka.
Amatlah rugi jika ibu bapa tidak mengendahkan akan keputusan pentaksiran anak-anak mereka.
Meneliti keputusan pentaksiran tahun 2019,akan menyebabkan seseorang murid itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan persekolahan pada tahun 2020.
Sama ada anak-anak anda atau murid itu melalui pentaksiran formatif atau sumatif,sudah menjadi keperluan kepada ibu bapa untuk menggunakan keputusan pentaksiran itu bagi merancang sasaran pembelajaran bagi tahun 2020.
Amatlah perlu juga jika anak-anak anda boleh membuat pentaksiran kendiri dan juga boleh melakukan pentaksiran rakan sebaya.
Pun begitu ibu bapa perlu bijak,agar sesuatu pentaksiran itu tidak akan menyebabkan anak itu berasa murung atau berasa kecewa.Ibu bapa wajar menjadikan pencapaian pentaksiran itu sebagai motivasi kepada anak itu agar lebih berdaya saing dan positif.
Ingat,pentaksiran itu untuk anak anda,dan bukannya untuk dibanding-bandingkan dengan murid lain.Ibu bapa wajar boleh berbincang dengan pihak sekolah dalam meneliti sesuatu pentaksiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment