Kanak-kanak Masalah Pembelajaran,siapakah mereka .Setakat manakah sekolah arus perdana mampu mengelola pembelajaran kanak-kaak masalah pembelajaran?
Adakah ibu bapa menghayati proses pembelajaran kanak-kanak masalah pembelajaran?
Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak dapat mengikuti proses pembelajaran yang biasa dilaksanakn di sekolah.Mereka tidak dapat menguasai Pentaksiran Bilik Darjah dan kekadang dianggap tidak dapat mencapai TP1.
Hal ini kekadang membawa konflik kepada para guru yang mengajar murid tersebut.Pelbagai kaedah digunakan,dan selalunya dihantar ke kelas pemulihan khas,namun murid itu tetap juga tidak dapat menguasai TP yang sepatutnya iaitu TP 3.
Sehubungan itu ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang lebih wajar dalam berdepan dengan kanak-kanak masalah pembelajaran.Ibu bapa wajar berbincang dengan guru dan pihak sekolah dalam melihat situasi kanak-kanak tersebut.
Bahkan murid masalah pembelajaran ini hanya boleh disahkan oleh pakar perubatan yang berkelayakan.
Namun hakikat yang paling wajar difahami ialah,ibu bapa yang berhak menentukan situasi persekolahan dan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran.
Adalah menjadi seperti 'satu dosa' jika kanak-kanak ini tidak dipedulikan,sedangkan Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin akan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Sunday, October 27, 2019
Sunday, October 20, 2019
GPMS SITIAWAN 'URUT TANGAN' 2019.
-Gpms Sitiawan menyertai aktiviti boling sempena
sambutan Bulan Sukan Negara 2019.
Penggerak Gpms Sitiawan dan
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung dalam sesi bergambar.
sambutan Bulan Sukan Negara 2019.
Penggerak Gpms Sitiawan dan
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung dalam sesi bergambar.
*Permainan boling-di kalangan ahli Gpms Sitiawan lebih dikenali dengan sebutan 'urut tangan'
** Foto di atas ihsan 'WhatsApp Gpms Sitiawan'
Saturday, October 19, 2019
Sukarkah untuk Lulus Mata Pelajaran Sejarah di peringkat SPM ?
-Betulkah sukar menguasai mata pelajaran Sejarah ?
Ketika ini murid-murid Tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan SPM 2019.Diharapkan mereka diberikan keselesaan dalam menjawab soalan.
Sehubungan itu benarkah sukar untuk lulus mata pelajaran Sejarah,atau hal ini hanyalah momokan sahaja.
Para ibu bapa tentu insaf dan sedar,mata pelajaran Sejarah sudah diajar sejak di sekolah rendah.Oleh itu amatlah sinis jika mata pelajaran ini dianggap sebagai sukar untuk lulus.
Oleh,itu secara khususnya setiap warganegara Malaysia wajib memahami akan hakikat peristiwa sejarah yang berlaku di Malaysia.Pihak ibu bapa wajar membantu dan memberikan motivasi kepada anak-anak mereka untuk suka belajar dan menghayati akan kisah sejarah Malaysia.
Lantaran itu sewajarnya murid-murid Tingkatan 5 dan ibu bapa mereka mengetahui akan kesannya jika gagal dalam mata pelajaran Sejarah pada peringkat SPM.
*Selamat menduduki peperiksaan SPM 2019.

Friday, October 11, 2019
'Menanti Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019(PPSR)
Upsr telah pun berlalu,kini murid-murid tahun 6 ,menanti keputusan yang bakal diperoleh.
Oleh itu amatlah ironis jika murid-murid Tahun 6 dan ibu bapa serta penjaga mereka tidak tahu apa itu PPSR.
PPSR adalah sebuah pelaporan yang wajar difahami oleh murid-murid tahun 6.Jika hal ini diambil ringan atau dikatakan tidak membawa apa-apa makna,lebih eloklah dimansuhkan sahaja PPSR ini.
Ibu bapa yang prihatin akan meneliti PPSR ini sebagai kayu pengukur kebolehan seseorang murid tahun enam meneruskan persekolahan di sekolah menengah.Bahkan PPSR ini mncakupi tahap kesihatan dan kecergasan serta keaktifan seseorang murid tahun enam sewaktu belajar di sekolah rendah.
Kesimpulannya PPSR 2019 akan muncul juga,dan terimalah PPSR itu dengan dada yang lapang.
Selamat menunggu pengumuman PPSR 2019.
Friday, October 4, 2019
Apa Khabar Haji Dalail ,Tanya Pak Din.(YBhg Tan Sri Nordin Kardi)
-Pak Din sedang berbual dengan saudara Tam-
Saudara Tam ketika berinteraksi dengan saudara
Muhammad Asree Abdul Aziz Pengerusi Gpms Perak.
*Ketika sesi perbualan YBhg Tan Sri Nordin Kardi(mesra dipanggil Pak Din) bertanya khabar tentang Tuan Haji Dalail.Pak Din juga amat gembira dengan organisasi belia(Gpms) diterajui oleh orang muda.Pemimpin wajar meneruskan perjuangan dengan yakin.Pak Din melontarkan pertanyaan 'Apakah peluang perniagaan yang wajar diceburi oleh orang muda pada masa hadapan?

Wednesday, October 2, 2019
Gpms Sitiawan di Program Maal Hijrah 1441H Memasak Bubur Asyura Sk Seri Samudera 2019
-Saudara Aiman sedang mengacau bubur Asyura bersama
seorang murid tahun 6.
-Saudara Aiman dan Solihin serta serorang murid tahun 6 sedang membasuh kawah.
-lokasi program di Surau Al-Hidayah Taman Samudera Baru.-
-Antara komuniti yang hadir-
*Program Memasak Bubur Asyura Bersama Komuniti ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Samudera.Gpms Sitiawan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi ruang kepada pihak Gpms Sitiawan bersama-sama dalam program komuniti ini.Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...