Kini anak-anak anda sedang menikmati percutian,pada kali ini tarikh cuti mereka sejajar dengan akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri 1440H.
Oleh itu amat wajar masa cuti ini dirancang dengan baik agar anak anda memanfaatkan cuti ini sambil belajar menunaikan ibadat puasa,bertawarih dan bersahur.Bahkan boleh membantu ibu menyediakan kuih - muih untuk hari raya tahun ini.
Pun begitu,sewajarnya anak anda tetap juga mengulang kaji pelajaran atau membaca buku,majalah dan akhbar.Namun ada juga ibu bapa yang memastikan anak-anak meteka belajar di kelas tuisyen.
Seterusnya,ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka tidak bermain mercun atau mandi di sungai atau leka bermain permainan maya tanpa had.
Akhirnya apabila sesi persekolahan bermula,anak-anak anda akan dapat mengetahui pencapaian mereka dalam Pksr 1 atau sumatif 2.Manakala bagi anak-anak di Tahap 1,dapat mengetahui pencapaian mereka melalui Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah.
*Selamat bercuti,berpuasa dan berhari raya.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment