Kelas Tambahan di sekolah diadakan dengan pelbagai tujuan,Namun perkembangan terkini memungkinkan kelas tambahan bukanlah satu kaedah yang baik terutamanya kepada murid sekolah rendah.
PPSR mengambil kira pelbagai faktor selain UPSR..Oleh itu amat kurang tepat kelas tambahan diadakan juga di sekolah rendah.PAK21 bukan melahirkan murid yang berorientasikan peperiksaan tetapi yang holistik,berdaya fikir,penyelesai masalah dan mereka cipta.
Bagaimana pula dengtan murid yang tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca,menulis,mengira dan menaakul? Apakah reaksi anda jika murid yang melangkah ke tingkatan 1,tidak menguasai kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul.
Rumusannya,PAk21 tidak memungkinkan kelas tambahan sebagai satu wadah yang mesti diadakan di sekolah,jika diadakan juga,amatlah harmonis untuk kokurikulum diadakan pula klinik sukan ,pendidikan Islam diadakan kelas solat bestari,kelas khatam Al-Quran,dan kelas mendapatkan tahap indeks jisim tubuh yang normal,bukannya obesiti..
No comments:
Post a Comment