NASIHAT PENTING DALAM MENJAWAB SOALAN PENULISAN:
Bahagian A
1. Calon membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.
2. Calon mengenal pasti kehendak soalan sama ada aktiviti, suasana ataupun tentang gambar sebelum menulis ayat.
3. Calon mengenal pasti aktiviti atau suasana yang terdapat dalam gambar dengan cara membulatkan maklumat yang terdapat pada gambar.
4. Calon mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan.
5. Calon membina lima ayat yang lengkap.
6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata.
7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran.
8. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar atau bahan rangsangan.
9. Calon digalakkan membina pelbagai ayat dengan keterangan yang meluas.
10. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.
Bahagian B
1. Calon membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan.
2. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan.
3. Pilih soalan yang bersesuaian dengan kebolehan calon untuk menjawab.
4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih.
5. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul sebelum menulis karangan.
6. Calon digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan soalan ataupun tajuk.
7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, isi-isi dan diakhiri dengan penutup mengikut jenis karangan.
8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan dengan huraian yang mantap berserta contoh dengan pengolahan ayat yang gramatis dan penyampaian yang menarik.
9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik dan diikuti ayat-ayat huraian serta contoh.
10. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.
11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami
Bahagian C
1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan.
2. Fahami petikan yang diberi dan garisi ayat yang mengandungi nilai/pengajaran dalam petikan.
3. Calon mencatat nilai/pengajaran berdasarkan ayat yang telah digarisi.
4. Nilai/pengajaran/amalan baik dalam petikan tidak boleh dijelmakan sebagai jawapan.
5. Calon juga tidak boleh memberikan nilai yang sinonim dengan pernyataan yang terdapat dalam petikan.
6. Calon menulis lima nilai/pengajaran daripada petikan.
7. Pastikan nilai/pengajaran dan huraian berkaitan dengan pernyataan yang terdapat dalam petikan sahaja.
8. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan antara nilai/pengajaran yang terdapat dalam petikan.
9. Calon menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.
10. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak menjawab latihan serta merujuk kepada pelbagai sumber/bahan rujukan.
11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment