Sunday, August 17, 2014

Menjengah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.























1:Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan dan kemakmuran negara.Perpaduan rakyat yang pelbagai kaum,agama dan budaya,menjadi  satu eleman teras yang amat penting dalam membina Malaysia yang sejahtera pada sepanjang masa.(cabaran abad ke-21)

2:Para ibu bapa dan pertubuhan belia harus ambil tahu akan hakikat dan hala tuju pelan ini,lebih-lebih lagi ahli-ahli dan pimpinan GPMS.

3:Pelan ini bergerak atau dirancang melalui tiga gelombang,gelombang 1,2 dan 3.
-gelombang 1(tahun 2013-2015),gelombang 2(2016-2020),gelombang 3(2021-2025)

4:Asas pelan ini,dirancang melalui suara hati rakyat Malaysia melalui beberapa sidang meja bulat,dialog nasional dan rundingan awam.Seterusnya dinilai oleh beberapa panel penilai bebas antarabangsa.

5:mencakupi  pendidikan prasekolah,pendidikan berprestasi tinggi,pendidikan vokasional,pendidikan teknikal.

6;Kurikulum dan pentaksiran pendidikan di negara ini mesti selaras dengan tanda aras peringkat pendidikan antarabangsa.Kemahiran berfikir aras tinggi dititikberatkan.

7:Bahasa Malaysia sebagai bahasa Ilmu,manakala pencapaian Bahasa Inggeris dipertingkat agar boleh setara dengan standard Cambridge English.

8:Pendidikan Islam,mncakupi juga dengan konsep Pendidikan Seumur Hidup,perkembangan teknologi masa depan.(diambilkira)

9:Memberi peluang kepada Pendidikan Khas,yakni  kategori murid yang berkeperluan khas,contohnya,
murid yang ada masalah penglihatan,masalah pendengaran,kesukaran bertutur,kurang upaya fizikal,kurang upaya pelbagai dan masalah pembelajaran seperti Autisme,sindrom down,disleksia dan ADHD.Oleh itu sewajarnya melalui  Program Inklusif,yakni murid keperluan khas wajar dan boleh mendapat akses kepada sekolah arus perdana.

10)Akhirnya sebagai pertubuhan pendiidkan Melayu ahli dan pimpinan Gpms harus peka dengan arus perubahan pendidikan negara.Gpms harus bergerak bersama-sama dalam meningkatkan mutu pendidikan anak-anak Melayu khasnya dan anak-anak Malaysia amnya.


*untuk maklumat lanjut sila rujuk  buku PELAN  PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

No comments:

Post a Comment

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...