‘Parasit ‘
merupakan agen yang baik dalam melumpuhkan sesuatu organisasi.Walaupun
dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak baik,namun dalam *dunia mahu menang*
untuk menang dalam mencipta sesuatu matlamat maka sudah pasti ‘parasit’ itu amat berguna.
Apakah anda pasti organisasi anda ‘ tiada parasit’?Adakah anda mampu menyedari
akan kewujudan ‘parasit’ atau agen ‘parasit’ dalam organisasi anda?Jawapannya
hanya anda sendiri yang mengetahuinya,jika anda gagal menyedari akan kehadiran ‘parasit’
maka organisasi anda akan lesu,longlai dan akhirnya lumpuh.
Mungkin ramai yang tidak suka akan ‘parasit’,namun dalam
mencipta matlamat, kegunaan ‘parasit’ amat bermakna kepada agen yang mahu
organisasi anda lumpuh dan lenyap.Persoalannya setakat mana organisasi anda
mahu dilumpuhkan,kenapa dan mengapa?Apakah kewajaran organisasi anda akan
menjadi tumpuan ‘parasit’,pasti anda mampu
berfikir dan mencari jawapan kepada soalan tersebut.
Akhirnya anda usah bimbang dan risau,jika
organisasi anda mempunyai ‘parasitisid’,organisasi anda akan selamat dan ‘parasit
dan agen parasit’ dapat dihapuskan.Maknanya
organisasi anda perlu ada - parasitologi-ATAU ANDA RASA SELAMAT,DALAM
SEJARAH ORGANISASI ANDA,’PARASIT’ TIDAK MEMILIH ORGANISASI ANDA SEBAGAI PERUMAHNYA.SELAMAT
BERORGANISASI.
No comments:
Post a Comment