Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua warga GPMS yang dihormati....
Blogger ada membaca dalam ruangan Cbox di blog ini,juga kedengaran banyak suara diluar sana yang menyatakan GPMS kian goyah dan tidak bersatu khasnya di antara Perak dan cawangannya Sitiawan.Jadi,dengan penuh tanggungjawab blogger akan cuba merungkai masalah ini agar semua pembaca dapat memahami situasi sebenar yang berlaku.
Sebenarnya blogger yakin,apa yang bermain difikiran pembaca kebanyakannya adalah berbentuk andaian semata-mata kerana pembaca kebanyakannya tiada maklumat yang tepat.Kalau adapun cuma dari sebelah pihak sahaja.Apa yang ingin blogger nyatakan bahawa tiada sebarang perpecahan,pergaduhan,atau boikot memboikot antara ahli Perak dan cawangannya.Kehidupan adalah seperti biasa.Program tetap berjalan dengan jayanya.Di Sitiawan,berjalannya kelas bimbingan dan aktiviti masuk ke sekolah-sekolah untuk tujuan motivasi.Di pihak GPMS Perak pula,berjalannya program seperti rutinnya setiap tahun.Dan daripada pihak ahli sudah pun berbahagi tugas,yang hampir dengan IGPMS Kg Seri Rahmat luangkan masa ke sana.Manakala di pihak kami ( Sitiawan ) menjalankan aktiviti di kawasan ini. Jadi tidak timbul isu pergolakan dalam GPMS sebenarnya.
Cuma dek kerana aktiviti yang semakin banyak,maka adakalanya ahli tidak dapat turun ke IGPMS.Cuma,di pihak luar,tidak perlu kepada andaian yang boleh mengoncang dan mengganggu gugat perjalanan GPMS.Itu sebabnya di pihak kami ( Sitiawan ),tidak pernah melayan persoalan mengenai perkara ini.Kerana pihak kami yakin,pihak yang membuat andaian tiada maklumat sebenar.Cuma kali ini,blogger rasa terpanggil untuk menjawab dan merungkaikan perkara ini agar tiada sebarang spekulasi tentang GPMS.
Soalnya sekarang,yang mengatakan Perak dan cawangan Sitiawan berbalah,rasanya di pihak sana belum tentu programnya serancak program di sini.Walaupun andaian mengatakan pihak kami berbalah,tapi program kami tetap berjalan sehinggakan ada program yang terpaksa ditangguhkan kerana tiada waktu.Antaranya program turun padang di Kluang Johor,Pasir Gudang dan lain-lain.Manakala program di kawasan Sitiawan lagi tak tergapai.Rasanya lebih sibuk dari wakil rakyat,cuma tak dapat pingat jer....
Kesimpulannya,hentikanlah andaian-andaian anda.Tak guna kalau membuat andaian kalau tiada maklumat sebenar.
Terima Kasih.Wallahu a'lam.
Naib Pengerusi 1 GPMS Perak & Naib YDP GPMS Sitiawan
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment