Thursday, April 29, 2010

Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.




1.Sebagai rakyat Malaysia sudah semesti mengetahui akan serba sedikit tentang kedudukan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan,apatah lagi sebagai pemimpin dan ahli gpms.

2.Kedudukan Raja Melayu terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

-Keistimewaan Raja Melayu tidak terjejas.-Per 3(2)

-Mempersoal hak Raja Melayu adalah kesalahan menghasut.-Per 10(4).

-Yang Dipertuan Agong ialah Ketua Utama Negara.-Per 32.

-Kuasa Raja Melayu tidak terjejas tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.-Per 38(4).

-Yang Dipertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.-Per 41)

-Yang Dipertuan Agong berkuasa memberi ampun.-Per 42)

-Menghapuskan Raja Melayu kesalahan menghasut.-Per 63(5),72(5)

-Persekutuan menjamin hak Raja Melayu sesuatu Negeri.-Per 71(1)

-Kedaulatan Raja-Raja tidak terjejas.-Per 181)

3.Kedudukan Raja Melayu juga terdapat dalam Perlembagaan Negeri.

-Raja Memerintah.-Per 10-Negeri Perak)

-Ketua Agama Islam.-Per 6(1) Negeri Perak)

-Melantik Menteri Besar dan Exco -Per 12-dan 16 Negeri Perak)

-Perkara 2(Johor)(The Sovereign)

-Per 46,47 dan 48(Kelantan)(Royal Prerogatives and Sovereignty and Sanctity)

Makluman lanjut para pemimpin gpms dan ahli gpms boleh merujuk Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Sunday, April 25, 2010

Kisah Cendawan

Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua pembaca mudah-mudahan dirahmati Allah s.w.t.
Sudah lama rasanya tidak menulis diruangan ini.Dan selama ini blogger hanya membaca tulisan-tulisan yang ditulis oleh sahabat blogger diruangan ini.Tetapi atas permintaan beberapa sahabat untuk blogger kembali menulis isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan dan gpms.
Alhamdulillah baru-baru ini,blogger bersama-sama dengan Tuan TAM telah mengikuti Siri Jelajah Motivasi 1Malaysia yang dianjurkan oleh GPMS Kebangsaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan.Blogger pergi atas tiket penceramah bebas kerana berasa terpanggil untuk menggunakan pengalaman berceramah selama ini untuk menjayakan program ini.Blogger dan sahabat-sahabat krew yang lain telah diamanahkan untuk menjyakan program ini disebelah selatan tanahair.Negeri yang terlibat ialah Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.
Cuma penulis ingin berkongsi pengalaman selama siri jelajah ini berjalan.Ada sahabat baik blogger memberitahu di dalam PAT GPMS yang lalu,banyak cawangan-cawangan baru GPMS diwujudkan atas inisiatif individu-individu tertentu ( alhamdulillah ).Cuma sahabat blogger ini memberitahu bahawa sebahagian besar daripada cawangan yang wujud ini cuma untuk memperbanyakkan cawangan negeri dan tidak lebih dari itu.Bila blogger meminta penjelasalan lebih lanjut,beliau mengatakan cawangan itu wujud bersempena dengan PAT.Bagi negeri-negeri yang ada cawangan paling banyak macam nampak gah.Cuma pada masa itu,blogger tidak mahu komen apa-apa kerana blogger tidak mengikuti PAT yang diadakan di Uitm Shah Alam.
Tetapi bilamana baru-baru ini blogger menjelajah,didapati apa yang dikatakan oleh sahabat blogger tadi adalah benar.Sepanjang 3 hari program berjalan,dan blogger bersama krew telah menjelajah ke 17 buah sekolah,didapati kesemua 17 buah sekolah yang terlibat bertanyakan tentang GPMS.Dari segi pengerusinya,ajknya,aktivitinya.Bila dijawab bahawa disetiap kawasan ada cawangan GPMSnya sendiri,lalu mereka mengiakan tetapi dihujung ayat itu ada sambungannya."Memang pernah dengar ada cawangan GPMS,tetapi tak pernah tengok aktiviti mereka bahkan mereka gagal dihubungi.Lalu blogger berjanji selepas ini perkara itu tidak akan terjadi lagi.
Di satu tempat lagi ( tidak perlu disebutkan ),dari mula pihak blogger dan krew tiba,sampailah sesat entah kemana-mana,dan sehinggalah pihak blogger meninggalkan kawasan tersebut, tiada seorang pun wakil daripada GPMS di sana yang datang menjenguk.Samada menjenguk di rumah tumpangan kami mahupun menunjukkan muka di sekolah.Bila jadi begitu,terdetik di hati blogger untuk merisik pihak sekolah di kawasan terbabit tentang peranan yang telah dijalankan oleh GPMS cawangan di situ.Dan jawapannya tiada program yang dijalankan bersama pihak sekolah dikawasan itu bahkan mereka sendiri tertanya-tanya adakah di sana ada cawangan GPMS. Apa yang mampu blogger buat ialah beristighfar panjang.
Cuma blogger tidaklah mahu mengganggu GPMS cawangan lain,tetapi blogger ingin katakan bahawa kalau sekadar wujudkan cawangan untuk naikkan publisiti dalam PAT,maka anda semua telah jauh lari dari matlamat penubuhan GPMS.GPMS tidak memerlukan cawangan-cawangan seperti ini.Hanya gah dari sudut kuantiti dan bukannya kualiti.Anda semua selalu canangkan dalam ucapan-ucapan tentang konsep SEDAR dalam perjuangan GPMS.Tetapi anda sendiri tidak SEDAR bahawa anda telah jauh terpesong daripada matlamat perjuangan GPMS.Ingat!Kita bukan cendawan,yang tumbuh selepas hujan,hidup kita bermatlamat.Hidup kita untuk akhirat.

Biro Dakwah GPMS Sitiawan

SIAPAKAH ANDA,ADAKAH ANDA PEMIMPIN PURA-PURA?

(gambar hiasan-sesumpah,sejenis haiwan yang boleh berubah warna,pemimpin pura-pura ialah yang pandai berlakon,hari ini kata macam itu,esok kata macam ini,pandai berhelah-helah,bermuka-muka,,sentiasa berfikir akan tampuk kekuasaannya dan peluang yang ada menjadi miliknya,namun sesumpah lebih baik daripada Pemimpin Pura-pura)


Semua orang mahu menjadi pemimpin,dan ada juga yang mahu menjadi pengikut dan sedikit pula yang mahu menjadi pejuang.Pemimpin dan kepimpinan itu pula bergantung pula kepada status organisasi yang dinakhodanya,bahkan pemililihan menjadi ketua dalam organisasi itu dibuat dengan pelbagai cara,sama ada secara sistem undian,warisan,perbincangan,dan pelbagai lagi.

Namun adakah anda seorang "Pemimpin Pura-Pura" bukan pemimpin sejati.
Lantaran itu cuba anda hayati butiran berikut dan simpulkanlah sama ada anda "pemimpin pura-pura atau pemimpin sejati."


Ciri-ciri pemimpin sejati.

1-berani kerana benar-menyatakan kebenaran,membela kebenaran dan menerangkan akan kebenaran,tetap menyatakan yang benar walaupun pahit.

2-Berani mengaku salah-berani mengaku salah,jiwanya besar,jika bersalah atau melakukan kesalahan terus mengaku dan mahu membaiki kesalahan itu.Namun jika anda seorang yang tidak berani mengaku salah,suka berdolak-dalik,mencari pelbagai alasan,maka anda seorang yang berjiwa kerdil,dan yang paling baik ialah terus bertaubat apabila berbuat salah.

3-Mengaku semua orang hebat-dia mengaku dan yakin bahawa kejayaan organisasinya adalah atas kerjasama dan daya usaha semua orang dan bukan dirinya sahaja.Memberitahu semua orang bahawa kejayaan dan kekuatan organisasinya ialah atas usaha para jemaah.

4-Merendah diri-merendah diri dan menghormati orang lain,tidak sombong dan ego,menerima semua pendapat orang lain.-oleh itu pemimpin ini tidak suka sombong,bongkak dan menafikan kebolehan dan kejayaan orang lain.

5.Pemaaf-memang pemaaf dan suka memaafkan,tidak pendendam,berbaik sangka dan tidak suka percaya kepada khabar angin .

6.Nawaitunya suci dan bersih,bertindak kerana Allah dan dasar jemaah atau organisasinya,tidak menyekat peluang orang lain,tidak mengambil kesempatan peribadi, dalam berorganisasi.


Itulah sekadar ringkas sama ada anda pemimpin pura-pura atau pemimpin sejati,ringkasnya pemimpin pura-pura takut kepada bayangan sendiri,,mudah buruk sangka,takut akan bayang-bayang orang lain,dan tahniah jika anda -SEORANG PEMIMPIN SEJATI-berjuang kerana Allah dan dasar jemaah atau organisasi.

Sunday, April 11, 2010

Ceramah Kem Kesedaran dan Pembangunan Sahsiah.


saudara Abdul Aziz bin Hj.Said,guru bimbingan dan kaunseling SIS sempat bergambar dengan
saudara YDP Gpms Sitiawan.

(
En.Azman bin Mahmood Penolong Kanan 1,Sk.Ismail 1,Muar,Johor mewakili guru besar SIS dalam majlis perasmian penutup.

(hasil karya peserta kem)


ibu/bapa/dan penjaga sewaktu sesi bersama tuan adi.

(slot bersama tuan o.c)

aktiviti sedar diri di surau.






Pada 10 April 2010 (Sabtu) GPMS Sitiawan telah menerima jemputan ceramah daripada pihak Sekolah Kebangsaan Ismail 1,Muar Johor.Saudara YDP GPMS Sitiawan,saudara timbalan YDP dan tuan O.C serta tuan Ejat telah memberikan input pada kem tersebut.Diharapkan para peserta kem dapat belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya mencipta kejayaan UPSR 2010.

Saturday, April 10, 2010

Program Di SK Ismail 1

Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua pelayar blog ini mudah-mudahan dirahmati Allah s.w.t
Alhamdulillah hari ini Gurkha dari GPMS Sitiawan ( saudara TAM,saudara OC serta saudara ADI) berada di Sekolah Kebangsaan Ismail 1.Alhamdulillah perjalanan tiada sebarang masalah.Selepas semalam kami bermalam di Merlimau di rumah saudara Ejad,dan makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam,pagi ini ketiga-tiga Gurkha telah turun ke sekolah ini.Dan terima kasih kepada saudara Aziz ( orang lama dalam gpms Perak kini bertugas di Johor ) yang menyambut kami.Ketika ini saudara TAM sedang menyampaikan ceramahnya bersama muka serius yang melampau akibat semalam makan ikan bakar sampai dua ekor.Insyaallah blogger akan memberikan berita penuh selepas blogger kembali ke Sitiawan.Insya allah.

Monday, April 5, 2010

Ceramah Motivasi Tahun 6.



YDP GPMS SITIAWAN merangkap timbalan pengerusi gpms Perak sedang memberi ceramah baru-baru ini.

Program Ilmu

Assalamulaikum w.b.t
Kepada pelayar-pelayar blog gpms sitiawan yang dirahmati,selepas gpms sitiawan terlibat dalam program motivasi Tahun 6 di SK Gugusan Lekir pada 2 & 3 April lepas,minggu ini sekali lagi gpms sitiawan menerima jemputan untuk program motivasi di SK Ismail 1 Muar Johor.Sebagaimana kebiasaan, pihak gpms sitiawan akan cuba memenuhi permintaan masyarakat selagi mana ada kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah.Mudah-mudahan program ini akan diberkati oleh Allah.Mohon kepada aktivis gpms di sekitar Muar dan sekitarnya yang berkelapangan untuk turut serta dalam program ini supaya kita dapat bertukar-tukar idea demi memartabatkan agama dan juga bangsa kita.Jemputan memang kepada gpms sitiawan tetapi pihak gpms sitiawan berbesar hati menjemput semua aktivis untuk turun padang.Jemput semua datang ye.Datang jangan tak datang! Datang jangan tak datang!Datang jangan tak datang!Program kami bersama pihak sekolah insya allah akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.Sebelum pukul 8.30 pagi tu,kepada aktivis gpms di Muar yang nak belanja sarapan,amatlah dialu-alukan.Sebab ada orang kata makanan di sana sedap apatah lagi bila orang sana belanja.
Terima Kasih.

Panel gpms sitiawan

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...