Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Sunday, November 8, 2009
MANTAN GPMS KE MEKAH
Salam mungkin tidak terlewat lagi khususnya seluruh warga GPMS Sitiawan mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada Mantan GPMS Sitiawan iaitu En Hafiz beserta isteri beliau dlm menunaikan rukun Islam yang ke 5.Apa yang menarik perhatian saya di mana pengorbanan yang dilakukan oleh beliau iaitu meninggalkan anak anak yang sedang membesar dan ada yang sudah pun remaja.Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul...Namun ini pengorbanan yang paling besar yg dilakukan oleh beliau dalam memenuhi rukun Islam yg ke 5.Sesungguhnya kami di sini berdoa agar Mantan GPMS serta isteri beliau dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan Fardhu Haji nanti dan semoga selamat pulang ke tanah air serta kepada anak anak yg mgkn sedang merindui mereka berdua.nukilan Biro Penerangan GPMS STW.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?
Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu...
-
Membaca dan meneliti baris-baris puisi dalam buku ini,membawa saya berada dalam dunia rasa dan fikir setiap pengkarya.Jiwa ...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Masa terus berdetik,sama ada terasa perlahan atau pantas,masa terus berdetik.Jangka masa 2026-2035,waktu yang amat penting kepada setiap ibu...
No comments:
Post a Comment