Wednesday, January 27, 2021

Organisasi Belia Sewaktu PKP 2.0

 Tanpa menyatakan data-data tertentu,sudah semestinya terdapat jumlah yang agak besar yang menjadi ahli persatuan atau ahli dalam organisasi belia.Melalui pertubuhan belia masing-masing, tentu banyak aktiviti yang telah dilakukan pada ketika ini,aktiviti yang menjurus kepada kebiasaan baharu.


      Pun begitu,dalam menoleh bidang pekerjaan, situasi kerjaya para belia,sukar untuk diterjemahkan,apakah status yang para  belia hadapi ketika ini.Adakah ahli belia sudah arif mengenai 'ekonomi digital.'

       Namun kini ruang pekerjaan di bidang 'penghantaran makanan dan barangan sudah boleh menjadi punca mencari wang saku para belia.

       Justeru itu,sudah menjadi kebiasaan setiap pertubuhan belia akan mengadakan pelbagai program di atas talian dalam memberikan input-input yang bermanfaat kepada ahli persatuan masing-masing.


Bagaimanakah dengan anda, anda ahli persatuan belia?

Friday, January 8, 2021

Anda telah Bersedia untuk Sesi Persekolahan 2021.

Cuti persekolahan akan berakhir tidak beberapa lagi lama lagi.Diharapkan semua murid telah bersedia untuk hadir dan belajar bersemuka di sekolah masing-masing.
     Bagi yang melangkah ke Tahun 1,selamat belajar dan mengikuti Program Transisi.Untuk pelajar  tingkatan  5 tahun 2021,selamat mantapkan persediaan  menghadapi peperiksaan SPM format baharu.

     Justeru itu para ibu bapa dan  penjaga, tentu telah memahami akan situasi yang bakal ditempuhi pada sesi persekolahan tahun 2021.

      Selamat Belajar.

Saturday, January 2, 2021

Calon-Calon SPM,Tekadkan Azam.

Rajah 1

                                                              

Kini awal Januari 2021 telah pun melangkah detik-detik waktu.Diharapkan calon-calon SPM tahun 2020 telah pun bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti.

                Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,namun setiap calon SPM ada matlamat masing-masing.

                Berdasarkan rajah 1,cuba tuliskan sebuah karangan yang panjangnya antara 15 hingga 30 patah perkataan atau nyatakan perasaan anda ketika melihat rajah 1 itu?


BBBBGPMSSITIAWAN mendoakan kejayaan anda.

Wednesday, December 30, 2020

Menjelang Sesi Persekolahan 2021.

 Tahun 2020 telah menghampiri penghujungnya.Kini fajar tahun 2021 bakal menjelang tiba,ini bermakna sesi persekolahan tahun 2021 juga kian hampir.Diharapkan para ibu bapa dan murid-murid telah pun membuat persediaan yang sewajarnya.

         Walaupun masih bercuti,diharapkan terus mengamalkan tabiat membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Adakah anda telah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer untuk PdPR?

Diharapkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama telah pun bersedia. 


Anda tahu apa itu MUET,dan mampu merujuk kamus?

Bagaimanakah persiapan bagi murid yang bakal belajar di Tahun 1 dan prasekolah?

Adakah anak anda menguasai tabiat  belajar ?

Bagaimanakah budaya membaca anak-anak anda?

Diharapkan semua murid telah bersedia untuk belajar pada sesi persekolahan tahun 2021.

Monday, December 28, 2020

Semoga Arwah Noor Asmah Binti Abdul Aziz dalam Rahmat-Nya.

 Jasa dan bakti Arwah Noor Asmah dalam Gpms sudah tentu tersemat di kalangan ahli Biro Badan Bertindak Gpms  dan Gpms Sitiawan.Apatah lagi,di kalangan ahli BBBGPMS  dari kawasan Pengkalan Baharu dan Pantai Remis.Arwah memang bergiat aktif dalam persatuan belia,lebih-lebih lagi ketika menetap di Kampung Sitiawan.

                                             Foto kenangan ketika arwah  di  Tanah Tinggi Cameron.
                                            Antara catatan yang terdapat pada buku yang bertajuk

                                            'Bayangan Sunyi yang Menyinar' tulisan Mohamad  Nor Suhaili.


Semoga arwah Noor Asmah Binti Abdul Aziz dalam rahmat-Nya.

Monday, December 21, 2020

Gotong - Royong Menjelang Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Institut Gpms Perak 2020

 Satu gotong-royong telah diadakan di Institut Gpms Perak,Beberapa ahli Gpms dan penggerak Gpms telah sempat hadir ke gotong-royong tersebut.Anggaran kasar kos gotong-royong tersebut ialah RM600.00 iaitu termasuk kos menebang dahan dan ranting pokok,mengangkat dahan dan ranting pokok,membersih lantai dewan makan institut dan mengangkat karpet surau.

                  






Antara  gambar yang sempat diklik.Terima kasih kepada yang sempat hadir.

Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026

 Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,  Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...