Wednesday, August 30, 2017

Gpms Sitiawan Menjejak Patriot:Negaraku Sehati Sejiwa 2017.





-sesi temu bual yang amat bermakna akan kegigihan menentang komunis-

-Saudara Saad,Timbalan Yang Dipertua    Gpms Sitiawan memyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Zakaria Bin Che Ya, sebagai simbolik  tanda ingatan akan semangat juang sama ada anggota Home Guard,Jungle Squad,Special  Constabel,pasukan polis dan tentera menentang komunis pada zaman darurat.
        Biar putih tulang jangan putih mata,menurut Tuan Haji Zakaria,generasi hari ini harus meneruskan semangat kental mempertahankan kedaulatan negara.
         Terima kasih akan jasa bakti para patriot.Gpms Sitiawan mendoakan akan kesejahteraan para patriot.

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI  MALAYSIA TAHUN 2017.

Sunday, August 27, 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2017

-Tema Hari Kebangsaan 2017-
-Kibaran Jalur Gemilang di Pusat Khidmat Pendidikan Melayu Gpms Sitiawan-

            Gpms Cawangan Sitiawan dan Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan mengucapkan "Selamat menyambut Hari Kebangsaan tahun 2017." Bersyukurlah dan insaflah akan jerih keringat pejuang-pejuang kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta ini.

             Ingatlah pesanan pantun ini,
                   Walaupun rumput mati terlapah,
                    Uratnya tidak mahu tenggelam;
                    Walaupun laut menjadi darah,
                    Semangat Melayu tidakkan padam.*

  *muka surat 172,dalam buku yang bertajuk Pejuang-Pejuang Kemerdekaan,diselenggarakan oleh,
Prof  Datuk Dr. Ramlah Adam.

Tuesday, August 22, 2017

Sisipan Berita Gpms Sitiawan 2017

1 - 2.KETUA PENERANGAN GPMS SITIAWAN DI KEM PLKN SEGARI,DALAM SLOT KULIAH ILMU.

3.YDP GPMS SITIAWAN ,MANTAN YDP,ATOQS DAN TUAN HJ ZAINAL PADA MAJLIS  HARI ULANG TAHUN GPMS .

4.TYDP GPMS SITIAWAN MERAIKAN ROMBONGAN SEBUAH SEKOLAH DI LUMUT.

Monday, August 14, 2017

Selamat Menyambut Ulang Tahun GPMS yang ke-69 .





Gpms Sitiawan dan BBB Gpms Sitiawan mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun  GPMS.yang ke - 69.Didoakan Gpms terus berjuang untuk  memartabatkan   pelajar -pelajar Melayu.

         Sesungguhnya :Perjuagan itu membujur lalu melintang patah,alah bisa tegal biasa,malas berdayung perahu hanyut.Ingatlah akan ungkapan ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan.

Wednesday, August 9, 2017

UPSR 2017:FOKUS MINDA dan KETENANGAN MINDA KUNCI KEJAYAAN.

a
1.Calon-calon Upsr 2017,tentu sudah bersedia untuk menduduki UPSR 2017,yang kian hampir.Jika dihitung tidak sampai 40 hari lagi.
2.Oleh itu para calon hendaklah mempunyai daya tahan yang tinggi,di samping kebijaksaan dalam menjawab soalan yang diajukan.
3.Minda calon harus tahan lasak,dalam menempuh bentuk-bentuk soalan yang memang menguji kebolehan calon-calon untuk berfikir dalam memberikan jawapan yang tepat ,sesuai dan boleh diterima mengikut kehendak soalan.
4.Berdasarkan rajah di atas,rajah yang mana satu yang membuatkan calon-calon berasa agak TERTEKAN DAN rajah yang mana satu membuatkan calon-calon berasa AGAK TENANG.
5.Justeru itu,daya fokus dan ketenangan sewaktu menjawab soalan  menjadi penentu utama untuk mencipta pencapaian A,B,C dan D.
6.INGAT USAH CUAI,TAPI BIJAK DAN TENANG..GUNAKAN MASA YANG DIBERIKAN UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN.

*GPMS SITIAWAN MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA"

Friday, July 28, 2017

Gpms Sitiawan di Dialog TN50 PerakSilveryouth Daerah Manjung 2017

 TUAN PEGAWAI DAERAH MANJUNG,ADUN PASIR PANJANG LUMUT, ADUN PENGKALAN BAHARU  SEBAGAI PANEL TN50:AHLI PANEL TELAH MEMBERIKAN BUAH FIKIRAN YANG JITU .
KETUA PENERANGAN GPMS SITIAWAN,YDP GPMS SITIAWAN,MANTAN YDP GPMS SITIAWAN TURUT HADIR .

RUMUSAN: TN50 ITU AKAN TIBA PADA WAKTUNYA,OLEH ITU ANDALAH YANG MENENTUKAN  BENTUK KEHIDUPAN PADA KETIKA ITU.

Thursday, July 13, 2017

Meneropong Tingkah laku Calon dalam Percubaan Upsr 2017.






1.Menjelang Upsr 2017,sudah pastilah calon-calon Upsr 2017,akan menduduki Peperiksaan Percubaan Upsr 2017.

2.Kebiasaannya peperiksaan percubaan ini digunakan untuk mengukur pencapaian setiap calon,dan seterusnya melakukan tindakan susulan agar  pencapaian calon itu  boleh dipertingkatkan,

3.Namun,sejak tahun 2016,soalan  KBAT  berkecederungan menjadi penentu kepada keupayaan calon Upsr untuk mendapat  A atau  mencipta penguasaan D.

4.Oleh itu,ibu bapa wajar 'meneropong' tingkah laku anak mereka yang bakal menduduki peperiksaaan Upsr.

5.Apakah yang wajar diteropong?Antaranya ialah;

-tahap emosi anak mereka.
-kesiagaan anak mereka untuk menduduki peperiksaan percubaan.
-kesediaan ibu bapa berkongsi semangat dan perasaan dalam bersiap sedia menghadapi peperiksaan itu.
-setakat mana ibu bapa memberi restu dan doa akan diberikan kemudahan anak mereka mengambil peperiksaan percubaan.
-memahami  dan mendengar cetusan hati anak mereka selepas selesai  sesuatu kertas peperiksaan dijawab.(soalan susahlah,soalan senang,entahlah,tak tahu nak cakap susah ke senang)
-menu pemakanan  yang diberikan kepada anak mereka sewaktu mengambil peperiksaan percubaan.

6.Lebih banyak perkara yang diteropong akan memberikan maklumat yang lebih banyak,hal ini akan membantu ibu bapa untuk berbincang dengan guru.Guru akan mengambil maklumat itu sebagai satu petanda dalam proses  tindakan susulan menjelang Upsr  2017.

7.Sesungguhnya setiap calon wajarlah mempunyai tahap ketenangan yang tinggi sewaktu menjawab soalan.Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan Upsr 2017.


Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026

 Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,  Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...