Friday, December 26, 2025

Lambat Membaca menjelang Tahun 1 2026


 Ibu bapa pasti gembira apabila terdapat anak-anak mereka yang  bakal belajar di Tahun 1 ,pada sesi 2026.Pun begitu terdapat murid-murid yang memasuki Tahun 1 masih belum menguasai tahap asas membaca.

     Oleh itu ketika cuti sekolah ini ibu bapa boleh mengambil beberapa langkah dalam mengatasi masalah itu.

Antaranya:

-mengajar anak itu membaca perkataaan asas di rumah.Ambillah masa antara 10-20 minit dalam membantu anak-anak itu mengenal huruf atau membaca perkataan yang mudah.

-mengajar membaca dengan menggunakan buku bergambar yang pelbagai warna.

-belajar membaca menggunakan aplikasi yang sesuai seperti Youtube,belajar online,

-belajar melalui DidikTV KPM

   Kesimpulannya ibu bapa berperanan penting dalam memberikan didikan utama dalam membantu mengatasi murid-murid yang lambat menguasai kemahiran membaca.Di sekolah pula ibu bapa dan pihak sekolah wajar bekerjasama dalam mengatasi masalah tersebut.Kesabaran amat penting.

Tuesday, December 23, 2025

Budaya Belajar Bermula di Rumah.

https://youtu.be/jDUXLGBPCzU?si=qUq7d8tIklDUzO2E 


Menjelang sesi pesekolahan 2026,ibu bapa wajar memikirkan sesuatu yang proaktif agar anak-anak mereka dapat belajar sepenuh hati ketika berada di sekolah.Paparan video itu boleh membantu para ibu bapa untuk melihat realiti budaya belajar yang baik.



Amalan Baik Murid Jepun Dalam Kelas

  1. Fokus penuh semasa guru mengajar
    Murid memberi perhatian, tidak bercakap sesama sendiri dan jarang mengganggu kelas.

  2. Menghormati guru
    Murid memberi salam, tunduk hormat dan mendengar arahan guru dengan tertib.

  3. Datang awal dan bersedia untuk belajar
    Buku, alat tulis dan bahan pembelajaran disediakan sebelum kelas bermula.

  4. Duduk dengan tertib dan kemas
    Posisi duduk teratur, kelas senyap dan kondusif untuk pembelajaran.

  5. Angkat tangan sebelum bercakap
    Murid tidak bercakap sesuka hati dan menunggu giliran untuk bertanya atau menjawab.

  6. Menyiapkan tugasan dengan penuh tanggungjawab
    Kerja sekolah dan latihan disiapkan dengan serius tanpa perlu dipaksa.

  7. Disiplin kendiri tinggi (self-discipline)
    Murid patuh peraturan walaupun tanpa pengawasan ketat.

  8. Bekerjasama dan saling menghormati rakan
    Tidak mengejek, membantu rakan yang lemah dan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.

  9. Menjaga kebersihan kelas
    Walaupun bukan semasa PdP, murid membersihkan kelas sendiri — mendidik rasa tanggungjawab terhadap persekitaran belajar.

  10. Mengutamakan nilai akhlak dan sikap positif
    Pendidikan di Jepun menekankan sikap, adab dan nilai murni selain akademik.



Budaya yang diterapkan di rumah menjadi asas kepada sikap murid di sekolah.
Di Jepun, ibu bapa sejak kecil mendidik anak supaya:

  • berdisiplin

  • menghormati orang lain

  • berdikari

  • bertanggungjawab

Apabila nilai ini sudah dibiasakan di rumah, murid akan:

  • mudah fokus semasa belajar

  • patuh peraturan sekolah

  • menghormati guru

  • berkelakuan baik dalam kelas
    tanpa perlu dipaksa.

πŸ‘‰ Kesimpulannya, budaya keluarga yang baik melahirkan murid berdisiplin, dan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah.


Tuesday, December 16, 2025

Kehadiran Murid-murid Berkurangan Menjelang Cuti Akhir Persekolahan?

 

Ketika ini menjelang cuti akhir persekolahan 2025 terdapat di sesetengah sekolah kehadiran murid menurun secara mendadak.Mengapakah ini berlaku?Adakah hal ini sesuatu yang sudah terbiasa ?

Saturday, December 6, 2025

Teh BOH di Cameron Highlands.


 Sudah lama tidak menikmati udara dan cuaca segar di Tanah Tinggi Caneron.Pada kesempatan itu sempat menjejak kaki ke Ladang Teh BOH yang terletak di Kampung Sungai Palas.

        Sememangnya teh itu terdiri daripada  Teh Terbaik dan Teh Biasa.Di ladang itu tersedia kedai produk BOH,anda boleh bertanya tentang teh daripada pekerja yang bertugas.

         Selamat melancong ke Cameron Highlands.

Tuesday, November 25, 2025

SPM 2025.


 Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan,kepada calon-calon SPM 2025 diucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2025 dengan tabah,yakin dan berdoalah.

Tuesday, November 18, 2025

Bagaimanakah Anak Anda Membaca?

 Membaca,bagaimanakah gaya anak anak membaca.Adakah membaca secara laju,membaca dengan sebutan yang kuat atau membaca tetapi tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan petikan yang dibaca.

      Seandainya anak anda membaca dengan mengeja satu persatu perkataan atau merangkak-rangkak dan adakah anak anda mampu menjawab soalan yang berkaitan dengan petikan yang dibaca .Pernahkah anak anda mengetahui berapa lama masa yang diambil untuk membaca sesuatu petikan atau anak anda memang tidak menguasai kaedah membaca yang sepatutnya?

      Sesungguhnya setiap murid sekolah rendah perlu mampu membaca dengan dapat menjawab setiap soalan yang berkaitan dengan petikan yang dibaca.Pastikan mereka mempunyai jadual membaca yang sewajarnya dan dapat menjawab setiap soalan yang berkitan dengan petikan yang dibaca.

      Ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka menguasai kaedah membaca yang  sesuai dengan memahami setiap isi petikan yang dibaca.



       

Monday, November 10, 2025

Matematik dan Telefon Bimbit

 

Kalau kita sebut saja “matematik”, ramai yang terus rasa takut. Tapi sebenarnya, anak-anak kecil sangat suka matematik — cuma mereka tak tahu itu matematik! πŸ˜„

Bayangkan anak umur 4 tahun susun blok warna, kira langkah naik tangga, atau pilih biskut paling besar — semua itu sebenarnya aktiviti awal matematik.

 

πŸ’‘ 1. Matematik Boleh Bermula Seawal 4 Tahun

 Waktu umur 4 tahun ni, kanak-kanak tengah seronok mencuba benda baru. Mereka cepat tangkap dan suka aktiviti yang melibatkan warna, bentuk dan pergerakan.

Jadi, waktu inilah masa terbaik untuk tanam minat terhadap nombor dan corak. 

Contohnya:

Kira buah semasa beli di pasar.

 Cari bentuk segi tiga dan bulat di sekeliling rumah.

 Main teka nombor sambil ketawa.

 Yang penting, jangan jadikan matematik “tekanan”. Jadikan ia permainan.

 

🎨 2. Cara Seronok Ajar Matematik

 Ada banyak cara untuk buat anak inat matematik tanpa mereka sedar pun sedang belajar:

 πŸ§© Main blok dan puzzle: bantu mereka kenal bentuk dan bina struktur.

 πŸ¬ Kira benda harian: gula-gula, duit syiling, langkah kaki pun boleh!

 πŸ“± Gunakan aplikasi pendidikan: tapi pilih yang ringkas dan ada warna menarik seperti Khan Kids atau ABCya.

 πŸŽ² Main kad nombor atau roda perkataan: boleh buat sendiri di rumah — murah dan menyeronokkan!

 πŸ€ 3. Peranan Guru & Ibu Bapa

 Kadang-kadang anak takut matematik sebab orang sekeliling pun “takut matematik”. πŸ˜…

Kalau guru atau ibu bapa tunjukkan semangat positif, anak pun akan ikut positif.

  

πŸ“΅ 4. Bila Masa Sesuai Anak Ada Telefon Bimbit?

 Zaman sekarang, ramai ibu bapa tertanya-tanya bila masa sesuai nak bagi anak telefon.

Sebenarnya, pakar mencadangkan sekitar umur 12 hingga 13 tahun, sebab waktu itu anak dah mula faham tanggungjawab dan boleh kawal diri. 

Kalau nak bagi lebih awal (contohnya untuk keselamatan masa pergi sekolah), boleh juga — tapi:

 Pilih telefon asas tanpa internet, atau aktifkan kawalan ibu bapa (parental control).

 Bukan tak boleh bagi, cuma kena pantau dan hadkan masa. Kita tak nak anak lebih minat skrin daripada buku atau permainan sebenar.

 ❤️ Kesimpulan 

Minat matematik bukan datang tiba-tiba, ia dibentuk perlahan-lahan sejak kecil.

Apabila  anak rasa matematik itu menyeronokkan, mereka tidak takut dengan nombor lagi.

Sehubungan itu juga  apabila sampai masa yang sesuai   mereka pun boleh menggunakan telefon bimbit  dengan  matang serta dapat  menguruskan teknologi dengan bijak.

 


Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?

 Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak  itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu...